Saturday, January 28, 2012

15,000 Hadir Pada Hari Pertama Karnival Karangkraf 2012!

Pergh! Memang havoc gile tadi. Ramai gile yang datang.. Terima kasih kepada para pengunjung yang hadir di Karnival Karangkraf 2012 siang tadi.. Hari pertama, seramai 15,000 pengunjung telah mengunjungi karnival ni.. Malam tadi pun ada juga yang baru datang.. Kepada yang menang hadiah, tahniah diucapkan.. Kepada yang tak dapat hadiah, cuba lagi.. Ada lagi dua hari sebelum tamat..



Kepada yang kunjungi booth MASKULIN, kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir.. Esok dan lusa masih banyak lagi barangan dan hadiah menarik bakal menjadi milik anda sekiranya anda membeli majalah kami atau membuat langganan..




Siang tadi, kami juga telah menjemput team Skyrunner di bawah bimbingan Cikgu Mad dari Lamuning Resources. Jauh dorang datang dari Seremban tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.. Hujan berhenti semasa slot Skyrunner and panas pun tiba-tiba redup.. Alhamdulillah lagi..

Teruskan mengunjungi Karnival Karangkraf Esok hari untuk dapatkan pelbagai hadiah menarik dan sertai aktiviti-aktiviti yang memang gempak! Malam esok ada konsert Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) dan ramai artis-artis hebat tanah air akan menghiburkan para pengunjung antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Stacy, dan ramai lagi!

Terus follow aku di Twitter (@EncikAfil) or follow Twitter Majalah MASKULIN (@MaskulinMag) untuk updates terkini mengenai Karnival Karangkraf 2012! :)

No comments: