Friday, June 5, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG...



Sayang,
Malam ni, to be honest, aku memang sangat sakit. Macam lucu bila aku fikir balik, kenapa aku nak rasa macam ni, sakit macam ni. Dari petang tadi aku scroll down Instagram, Facebook, and everything sebab aku tahu, malam ni, kau akan jadi hak orang lain sepenuhnya. Ia tidak semudah yang aku jangkakan.

Sayang,
Bila aku nampak kad kahwin kau, dalam hati aku, terus terbayangkan satu benda. Initial suami kau, sama dengan aku. Aku pernah bayangkan nama aku yang tertera atas kad tu, di sebelah nama kau. Aku menangis. Aku tak tahu dan tak sangka yang aku akan menangis.

Sayang,
Bila aku scroll down lagi, aku nampak kawan-kawan kita upload gambar kau berbaju putih, bertudung, tersenyum. Dalam hati aku, hancur. Aku still tak faham kenapa perasaan sedih, sayu ni muncul saat kau sedang happy. Aku terbayangkan, kau ada di situ dengan aku, dan aku yang sepatutnya yang menggenggam tangan kadi, melafaz akad dengan nama kau di dalam ayat yang aku akan lafazkan tu. Aku pernah terbayang tu semua. Aku terbayangkan situasi tu.

Sayang,
Bila aku tengok semua gambar-gambar tu, aku tahu aku tak akan dapatkan kau semula. Aku menyesal sebab tak jaga hubungan kita, tak jaga kau betul-betul seperti yang sepatutnya. Aku tahu, dah terlambat semua tu. Tak guna aku menyesal. Aku nampak gambar majlis, pelamin, hiasan. Dalam kepala aku dulu, aku pernah terbayangkan yang aku akan duduk di sebelah kau di atas pelamin.

Sayang,
Hampir 10 tahun perkenalan kita, aku sebenarnya sayangkan kau, cintakan kau lebih daripada sekadar seorang kawan biasa. Aku tahu, kau pun tahu itu. Cuma aku tak boleh nak lafazkan itu dan aku tahu, kau penat menunggu.

Sayang,
To be honest, aku sedang menangis, tubuh, tangan aku menggeletar time aku menaip bingkisan ni. Sumpah, kalau aku cakap aku tak cintakan kau, aku menipu dengan diri aku, aku menipu dengan Tuhan sebab Dia sahaja yang tahu macam mana aku sayangkan kau.

Sayang,
Dalam otak aku sekarang, aku cuma mampu terbayangkan gambar-gambar lama kita yang beratus, beribu keping kita pernah ambik sama-sama dulu. Aku ingat lagi, kau pernah cakap "Gambar kita semuanya pose sama. Kau kiri, aku kanan. Kalau tidak pun, aku kiri, kau kanan," dan aku akan jawab, "Takpe nanti kita ambik gambar kau kat atas, aku kat bawah, atau aku kat atas, dan kau kat bawah," then kita akan gelak.

Sayang,
Mungkin lepas ni, aku dah tak boleh nak gelarkan kau sayang dalam WhatsApp, dalam comment box kat social media, dan dalam perbualan sebab aku tahu, ada orang lain yang lebih layak untuk gelarkan kau dengan gelaran manis tu. Mungkin ini kali terakhir aku sebut perkataan 'Sayang' ni untuk panggil kau.

Ya Allah, sumpah, aku tak cukup kuat. Aku nak sangat berjumpa dia, raikan hari bahagia dia, tapi aku takut kalau aku ke sana, aku tak mampu kawal diri. Malam ni, since petang tadi sebenarnya, macam-macam benda aku cuba buat untuk pastikan aku ketawa, dan tak berfikir pasal ni.

Seminggu ni, hidup aku macam tak betul sikit. Kerja takde semangat, lambat siap. Tak boleh fokus langsung dengan kerja. Sebab aku tahu, minggu ni, minggu terakhir sebelum dia bergelar isteri kepada orang lain.

Ya Allah, jagalah dia dan suaminya, bahagiakanlah mereka. Amin.

Sigh. Aku tak pernah terfikir akan tulis posting macam ni di blog. Aku cuba untuk text kau. Aku dah taip, delete, taip delete sebab aku tak cukup kuat untuk send mesej ucapan 'Selamat Pengantin Baru' tu.

Astaghfirullah.

Selamat pengantin baru, sayang,

:')


1 comment:

dewi said...

i love you too http://dewakartu168.com/ Dewa Poker dan Ceme Keliling Online adalah situs permainan Capsa Susun terpercaya yang dapat anda akses dengan mudah.