Saturday, October 20, 2012

ROOFTOP Bersiaran Setiap Isnin, 7.30 Malam Bermula 22 Oktober di ntv7!

Bermula 22 Oktober ini, rancangan muzik yang telah berjaya menambat hati penonton ntv7 – Rooftop – akan mengubah waktu siarannya kepada setiap hari Isnin, jam 7.30 malam berbanding sebelum ini. *(8.30 malam setiap hari Khamis).

Mengetengahkan konsep baru, rancangan muzik di puncak bumbung itu akan terus menghiburkan penonton sekeluarga dengan penampilan artis-artis tanah air seperti, Estranged, Aizat Amdan, Projek Pistol, Adira dan ramai lagi.

Bagi peminat Najwa Latif, kerinduan terhadap artis muda ini pasti akan terubat melalui episod pertama yang diubahkan waktunya pada hari Isnin, 22 Oktober nanti. Najwa yang mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu bagi menumpukan terhadap pelajarannnya akan muncul di kaca TV anda mendendangkan lagu-lagu hits beliau seperti Kosong, Cinta Muka Buku dan lagu I Love You.

No comments: