Saturday, June 13, 2015

MENANGI RM500 BERSAMA MASPATI - PATI IKAN HARUAN DAN KONTRAK BINTANG VIDEO KLIP

Kehidupan pada hari ini memang berjalan dengan pantas. Mana tidaknya, pagi-pagi buta lagi, kita sudah keluar bekerja. Apabila matahari sudah terbenam, barulah nampak bumbung rumah. Dalam pada bekerja mencari rezeki bagai nak rak, kadang-kadang kita terlupa menjaga kesihatan.

Kami sebelum ini memang kerap berada di gimnasium untuk workout. Namun begitu, disebabkan tuntutan kerja yang semakin memerlukan komitmen yang tinggi, daripada 4 ke 5 kali dalam seminggu, akhirnya kami hanya sempat bertandang di gimnasium sebanyak 2 ke 3 kali dalam sebulan. Jadi tidak hairanlah, perut kami membusut dan cepat letih. Bukan kerana buatan orang, tetapi kerana tidak bersenam.



Namun begitu, beberapa minggu ini, kami tidak perlu lagi risau mengenai kesihatan dalaman kerana kami telah menemui satu produk yang sangat-sangat-sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ternyata dengan pengambilan produk ini, tenaga kami bertambah, dan yang paling penting, kami tidak lagi tampil letih umpama pohon yang tidak disiram.

Semuanya dek kerana MASPATI - PATI IKAN HARUAN yang dihasilkan secara tradisional, tidak hanyir, tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan dan tiada penambahan pewarna tiruan. Semuanya asli. Ianya didatangkan dengan empat pilihan - PATI IKAN HARUAN, PATI IKAN HARUAN DENGAN GINSENG, PATI IKAN HARUAN DENGAN GAMAT dan PATI IKAN HARUAN DENGAN HALIA. Setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memastikan kesihatan dalaman anda sentiasa terjaga. Jangan salah faham ye. Pati ikan haruan bukan sahaja untuk wanita mengandung atau selepas bersalin, tetapi juga untuk lelaki.



Apa yang paling penting dalam saat-saat ekonomi yang semakin meruncing ini, tentulah harganya yang sangat-sangat-sangat berpatutan. Rangkaian produk MASPATI - PATI IKAN HARUAN juga turut boleh didapati di kesemua rangkaian WATSONS terpilih di seluruh negara.

Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak dan dengan adanya MASPATI - PATI IKAN HARUAN, kita akan bertenaga sepanjang hari. Yang penting, bersahur dengan sebotol MASPATI - PATI IKAN HARUAN pun sudah mencukupi. Serius cakap, rasa dia macam ikan masak kicap sebab langsung tak hanyir.



Oh, selain daripada itu, pihak MASPATI juga turut menganjurkan satu pertandingan untuk anda yang gemarkan gaya hidup aktif yang paling penting, berbakat dalam bidang tarian. Hadiahnya memang lumayan kerana anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan bakal menerima kontrak untuk membintangi VIDEO KLIP SIRI MASPATI CERGAS.

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

GAMBAR: Dapatkan MASPATI - PATI IKAN HARUAN. Muatnaik gambar anda bersama sebotol 75ml MASPATI - PATI IKAN HARUAN dengan senyuman yang ceria. Hashtag gambar anda dengan ?#?maspaticergas.
Rakamkan video MASPATI CERGAS anda sendiri dan muatnaik video kreatif anda ke Instagram dan hashtag: #maspaticergas
EMEL: Emelkan video dan gambar anda (Dari Instagram tersebut berserta nombor telefon untuk dihubungi) ke :maspaticergas@gmail.com

Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 20Julai 2015. Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat.

Jadi tunggu apa lagi. Jom mula merakam video tarian anda sekarang dan upload!

Friday, June 12, 2015

#TEHTARIK SESUAI BUAT KORANG YANG TERTEKAN!

Arghhhhhhhh! Kau kenapa??? Tertekan eh? Okay, jangan tertekan sangat. Just, layari www.secawan-tehtarik.blogspot.com dan di situ, korang boleh tengok video, baca story-story list, gambar pelik seperti kakak yang lubang hidung besar ibu jari kaki, tertidur dalam train. Itu contoh. Then ada juga berita-berita hiburan dari Hollywood dan luar negara, sebab berita hiburan dalam negara, dah banyak sangat dah kat blog lain. Ini screenshot yang aku sempat kecek kecek.


Friday, June 5, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG...



Sayang,
Malam ni, to be honest, aku memang sangat sakit. Macam lucu bila aku fikir balik, kenapa aku nak rasa macam ni, sakit macam ni. Dari petang tadi aku scroll down Instagram, Facebook, and everything sebab aku tahu, malam ni, kau akan jadi hak orang lain sepenuhnya. Ia tidak semudah yang aku jangkakan.

Sayang,
Bila aku nampak kad kahwin kau, dalam hati aku, terus terbayangkan satu benda. Initial suami kau, sama dengan aku. Aku pernah bayangkan nama aku yang tertera atas kad tu, di sebelah nama kau. Aku menangis. Aku tak tahu dan tak sangka yang aku akan menangis.

Sayang,
Bila aku scroll down lagi, aku nampak kawan-kawan kita upload gambar kau berbaju putih, bertudung, tersenyum. Dalam hati aku, hancur. Aku still tak faham kenapa perasaan sedih, sayu ni muncul saat kau sedang happy. Aku terbayangkan, kau ada di situ dengan aku, dan aku yang sepatutnya yang menggenggam tangan kadi, melafaz akad dengan nama kau di dalam ayat yang aku akan lafazkan tu. Aku pernah terbayang tu semua. Aku terbayangkan situasi tu.

Sayang,
Bila aku tengok semua gambar-gambar tu, aku tahu aku tak akan dapatkan kau semula. Aku menyesal sebab tak jaga hubungan kita, tak jaga kau betul-betul seperti yang sepatutnya. Aku tahu, dah terlambat semua tu. Tak guna aku menyesal. Aku nampak gambar majlis, pelamin, hiasan. Dalam kepala aku dulu, aku pernah terbayangkan yang aku akan duduk di sebelah kau di atas pelamin.

Sayang,
Hampir 10 tahun perkenalan kita, aku sebenarnya sayangkan kau, cintakan kau lebih daripada sekadar seorang kawan biasa. Aku tahu, kau pun tahu itu. Cuma aku tak boleh nak lafazkan itu dan aku tahu, kau penat menunggu.

Sayang,
To be honest, aku sedang menangis, tubuh, tangan aku menggeletar time aku menaip bingkisan ni. Sumpah, kalau aku cakap aku tak cintakan kau, aku menipu dengan diri aku, aku menipu dengan Tuhan sebab Dia sahaja yang tahu macam mana aku sayangkan kau.

Sayang,
Dalam otak aku sekarang, aku cuma mampu terbayangkan gambar-gambar lama kita yang beratus, beribu keping kita pernah ambik sama-sama dulu. Aku ingat lagi, kau pernah cakap "Gambar kita semuanya pose sama. Kau kiri, aku kanan. Kalau tidak pun, aku kiri, kau kanan," dan aku akan jawab, "Takpe nanti kita ambik gambar kau kat atas, aku kat bawah, atau aku kat atas, dan kau kat bawah," then kita akan gelak.

Sayang,
Mungkin lepas ni, aku dah tak boleh nak gelarkan kau sayang dalam WhatsApp, dalam comment box kat social media, dan dalam perbualan sebab aku tahu, ada orang lain yang lebih layak untuk gelarkan kau dengan gelaran manis tu. Mungkin ini kali terakhir aku sebut perkataan 'Sayang' ni untuk panggil kau.

Ya Allah, sumpah, aku tak cukup kuat. Aku nak sangat berjumpa dia, raikan hari bahagia dia, tapi aku takut kalau aku ke sana, aku tak mampu kawal diri. Malam ni, since petang tadi sebenarnya, macam-macam benda aku cuba buat untuk pastikan aku ketawa, dan tak berfikir pasal ni.

Seminggu ni, hidup aku macam tak betul sikit. Kerja takde semangat, lambat siap. Tak boleh fokus langsung dengan kerja. Sebab aku tahu, minggu ni, minggu terakhir sebelum dia bergelar isteri kepada orang lain.

Ya Allah, jagalah dia dan suaminya, bahagiakanlah mereka. Amin.

Sigh. Aku tak pernah terfikir akan tulis posting macam ni di blog. Aku cuba untuk text kau. Aku dah taip, delete, taip delete sebab aku tak cukup kuat untuk send mesej ucapan 'Selamat Pengantin Baru' tu.

Astaghfirullah.

Selamat pengantin baru, sayang,

:')