Monday, May 5, 2014

Setahun Sudah...

Assalamualaikum...

Opening macam serius, tapi sebenarnya takde lah serius mana pun. Actually, just ingin menyampaikan sedikit rasa hati. Pejam celik, pejam celik, dah setahun aku di Media Hiburan. Sangat sekejap rasanya. Dua tahun di Maskulin dulu memang banyak beri tunjuk ajar dan kenangan pahit manis. Di Media Hiburan pulak, rasanya lebih kepada manis. Haha.


Anyway, itulah yang dikatakan 'masa itu emas'. Ianya berjalan dengan sangat pantas tanpa aku sedar. Dalam masa setahun ini jugalah macam-macam berlaku dalam kehidupan. Dalam kehidupan sebenar, tentulah ada pahit manisnya. Namun, yang pahit kita jadikan pengajaran. Yang manis, dijadikan sebagai kenangan untuk sedapkan hati.

Ni masih di office sebenarnya. Anyway, just nak berpesan, gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Kalau terlepas seminit pun, actually kita dah rugi sangat sebab dalam seminit itu pun, macam-macam boleh kita buat. Cuba bayangkan, kita tahan nafas selama 5 saat pun macam nak pecah otak dah sebab oksigen tak masuk. Itu baru lima saat yang kita 'bazirkan' dengan tidak bernafas, bayangkan pula masa berjam-jam yang kita tidak manfaatkan untuk kerja-kerja berfaedah.

Fikirkan.

Anyway, setakat ini sahaja untuk kali ini. Bye.

:)