Monday, September 13, 2010

Malam Menjantankan Diri

haha..
tajuk over sikit sebenarnya..
takde pe pun..
just tengok bola..
and rasa lost bila semua org jerit "GOLLLLL!!! huhu..

siang tadi jadi photographer untuk majlis kahwin kakak classmate aku, Yana aka Liana Salbiah..
alhamdulillah..
semua bejalan lancar..
just penat sikit..
normal la. hampir 8 jam kat rumah kenduri..
tapi best..
family dia pun baik.
yg penting akak dgn abang ipar dia sangat sporting..
esok lagi 1 hari..
harap2 semua akan berjalan lancar macam hari ni..
insyaallah..

Thursday, September 9, 2010

Kemeriahan

sekarang aku dah kat kampung..
perlis indera kayangan..
meriah giler dengan perlawanan meriam dan mercun.antara rumah..
mcm perang Palestin Israel pun ada gak..
haha..
ni la bezanya perayaan di kampung dan bamdar..
posting kali ni takde.gambar sebab.update guna phone..

salam lebaran semua..

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan Indah = Syawal Bahagia


Assalamualaikum semua..
Lagi beberapa hari, Ramadhan akan melabuhkan tirainya..
Syawal pula bakal menjengah ke dalam kalendar Muslim..
Ramadhan tahun ni, macam selalu ada makna tersendiri..
Kalau tahun-tahun lepas, Ramadhan disambut meriah..
Sama juga tahun ini..

Awal Ramadhan, indah..
Cuma seketika..
Dua tiga hari kemudian, Ramadhan ku menjadi sayu..
Sepi sekejap..
Tapi, keindahan Ramadhan muncul kembali..
Konklusi, Ramadhan tahun ni berakhir dengan Happy Ending, insyaallah..
Ada kawan2, baby, dan semua yang menemani..
Sebentar lagi, aku dah nak balik kampung..
Kawasan Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam ni dah lesu..
Sepi, macam tahun lepas..
Dah mula menjadi Pekan Zombie..
Parking mula kosong..
Kedai2 mula tutup..
Semua orang mula merasa aura perayaan..
Harap2 Syawal tahun ini lebih indah..
Walaupun disambut dengan penuh sederhana..
Tapi, tu semua tak menjamin kegembiraan..
Yang penting, dapat beraya bersama keluarga..

Di sini, aku nak ucapkan Salam Lebaran kepada semua Muslim di seluruh dunia..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..
0-0 ok.. :)

Monday, September 6, 2010

Semalam = Sejarah Hari Ini

Beberapa hari lepas, Malaysia baru saja menyambut kemerdekaan yang ke-53 tahun..
memang kita semua patut bersyukur sebab dilahirkan dalam sebuah negara aman, harmoni, damai, dan maju macam ni..
takde perang, takde percanggahan antara penduduk..
walaupun dua tiga minggu ni ada bau2 kurang menyenangkan dengan negara jiran, pasal isu baling taik, dan ala2 nak m"menyapu" semua rakyat Malaysia dari negara diorang..
and tak lupe juga isu kaum yang tercetus..
tapi, rasa2 kita semua patut merujuk kembali kepada sejarah..
mungkin bagi sesetengah orang, sejarah = bosan..
tidak dinafikan..
aku pun kadang2 boring dengan subjek tu..
hahaha...

posting ni bukan nak cakap pasal sejarah negara sangat sebenarnya..
tapi lebih kepada benda2 yang berlaku dalam masa terdekat..
seminggu dua ni, memang aku happy sangat2..
thanks to kawan2 yang menghappykan aku..
faham2 la, lepas macam2 benda jadi kat aku sebelum ni..
aku ingat dah tak boleh hidup lagi dah..
stress.. tertekan..
tapi, kawan2 ni yang banyak tolong aku kuatkan diri..

pasal sejarah..
bila fikir2 balik, banyak benda berkaitan sejarah yang secara tidak sedar, berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai manusia..
hurm..
benda yang jadi setahun dua lepas contohnya..
tak sangka benda tu akan jadi sejarah..
time tu maybe tak terfikir, benda2 yang kita buat sepatutnya dihargai..
faham tak maksud dihargai?
maknanya difikirkan semasak-masaknya..
taktau camne nak terangkan..
benda yang berlaku harini pun patut sentiasa diingatkan dalam kepala otak masing..
ini akan jadi sejarah...
masa yang berjalan semasa aku tengah taip posting ni pun akan jadi sebuah sejarah...
one day, aku akan teringat balik time aku tengah taip..
so, setiap benda yang kita buat akan jadi sejarah yang akan dikenang..
aku ada masalah kesihatan = short term memory lost..
tapi aku boleh ingat benda2 lama dengan agak kuat..
susah jugakla kalau ada penyakit ni..
sebab tiap kali parking kereta, kena ambik gambar...
kalau tak, memang tak ingat aku parking kat mana..
haish..
menyusahkan, tapi nak buat camne lagi kan..
tapi benda yang lama jadi, insyaallah aku mudah nak ingat balik..
so now, setiap kali aku buat sesuatu, aku akan fikir, benda ni akan jadi sejarah...
aku patut hargai setiap benda yang aku buat...
sebab benda yang sama takkan berulang dua kali..
maybe boleh diulang kalau nak..
tapi tetap tak sama..
benda yang positif akan jadi memori yang manis..
manakala memori yang pahit akan jadi pengajaran, dah benda yang akan cuba dielak..
supaya aku tak sakit lagi pada masa akan datang..
so korang..
kalau nak buat sesuatu, fikir2kan dahulu dan hargai setiap benda yang anda miliki dan lakukan..

:)