Monday, January 6, 2014

Benda Pelik Ciptaan Jepun

Jepun sememangnya terkenal dengan kepala otak yang pintar. Tapi dalam pintar matematik mereka, ada juga ciptaan yang tidak semenggah dan membawa lawak di dalam hati sanubari. Kalau masuk Maharaja Lawak memang tak lawak lah sebab Nora Danish akan menangis sambil minta Say Who pujuk. 

1. Pengepit Kuku
Scary! Sekali tengok dah macam robot apa dah benda ni. Tapi ni sebenarnya pengepit kuku yang dicipta Jepun dan untuk memudahkan mereka memotong kuku, kelima-lima jari dalam satu masa. Kalau aku, memang takkan guna. Serius!

2. Topang Dagu
Dasar pemalas. Alat ni bentuknya macam tongkat/topang yang orang gunakan bila patah kaki dan sebagainya tapi bukan untuk kaki, sebaliknya untukd dagu. Ni untuk mengelakkan mereka terjatuh bila terlelap semasa berdiri dalam train. 

3. Snek Najis
Sumpah menggelikan. Tahi dikitar semula menjadi snek makanan. Bodoh ke apa ni?????

4. Mesin Basuh Kaki
Mungkin orang Jepun terlalu sibuk dengan kerjaya sampai mereka tak sempat cuci baju di rumah. Mungkin juga orang Jepun terlalu kedekut sehingga tidak mahu mengeluarkan wang untuk membayar dobi. Jadi, mereka telah mencipta satu bekas yang boleh dimasukkan pakaian dalam, dan dimasukkan juga sabun, sekaligus menjadi mesin basuh bergerak semasa sedang berjalan.

5. Alat Bantu Pendengaran
Kalau kau, nak ke berjalan dengan alat bantu pendengaran sebesar kuali di telinga? Sumpah tak kelakar. Dah macam lori Astro dah aku tengok. Sigh.

6. Bayi Pengemop
"Kalau dah ada anak, gunakanlah sebaiknya," mungkin itulah yang ada dalam kepala otak orang Jepun. Alang-alang anak dah mula merangkak, pasang je pengemop tu di bawah badan anak dan sekaligus, anak merangkak, lantai bersih. 

7. Mesin Pakaian Dalam
Bukan mesin pembuat pakaian dalam tapi mesin jual pakaian dalam. Vending machine di Jepun bukan setakat jual air, tapi turut menjual benda lain seperti pakaian dalam dan ianya bukan untuk dipakai oleh wanita, tetapi bagi lelaki yang fetish. 

8. Paku Dagu
Bagi mengelak staf-staf di pejabat Jepun menopang dagu (menunjukkan rasa malas dan bosan bekerja), maka alat ini dicipta. 

9. Untuk Mulut
Bukan puting getah tapi alat untuk senaman wajah. Katanya untuk mengelakkan ada kedutan di bahagian mulut. Masukkan alat ini dalam mulut, kecutkan pipi. Memang bodoh. 

10. Noodly
Satu lagi benda bodoh dan hodoh. Dicipta untuk pemakan mee yang taknak rambut masuk dalam mangkuk semasa makan.

11. Mata Untuk Mata
Jepun memang pelik! Ada ke patut mereka cipta mata untuk mata. So, kalau kat kelas atau meeting, mereka mengantuk, mereka tampal mata palsu ini di atas kelopak mata yang telah dipejam.

12. Tisu Kepala
Lap hingus di mana-mana. Tapi sanggup ke kau berjalan di khalayak dengan tisu gulung kat atas kepala macam ni? 

13. Bantal Peluk
Forever alone teruk kau ni.














Wednesday, December 25, 2013

Merry Christmas!

Ho! Ho! Ho!

Merry Christmas to all my Christian friends. Harap kalian enjoy Krismas tahun ini. Takde hadiah untuk diletakkan di bawah pokok Krismas mahupun stokin anda, tapi layankan aje video ni. Harap dapat buat semua tersenyum. :D



p/s: Jangan hentam tau. Saya hidup di negara bebilang kaum, bangsa dan agama.

Tuesday, December 24, 2013

Kalimah Jiwa: Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta



“Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya...

Setelah slot Azalea direhatkan buat seketika waktu, kini slot popular ini kembali dengan menampilkan sebuah drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa”  mulai 1 Januari 2014. Drama ini yang akan membuka tirai slot Azalea bagi tahun 2014 bakal dibintangi oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Mohd Fadli manakala skripnya ditulis oleh Erma Fatima.

“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian,  Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?

Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Kalimah Jiwa, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Amar Baharin

Amyra Rosli

Raja Ilya

Nazim Othman

Nabilla Dally





Percutian Hujung Tahun


Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.

Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.

Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:


  1. Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
  2. Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
  3. Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan. 
  4. Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu. 
  5. Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
  6. Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah. 
  7. Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi. 
  8. Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
  9. Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang. 
  10. Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong. 
Okay kawan-kawan. Selamat bercuti. 

Movie Review - Police Story 2013: Aksi Kompak, Latar Ringkas


Semalam, kami sempat menonton tayangan perdana filem Police Story 2013 lakonan Jackie Chan. Siapa yang tidak pernah menonton filem bersiri ini sebelum ini, mohon kerat kepala masing-masing please. Ramai jugak yang hadir sebab kami dapat hall besar yang muat untuk 250 orang. Over kan?! Hahaha.

Okaylah. Serba sedikit mengenai filem ini, ianya seperti biasa berkisar mengenai kehidupan seorang polis, Detektif Zhong Wen lakonan Jackie Chan sendiri. First scene, dia di dalam teksi menuju ke sebuah kelab malam milik Wu, sang penjahat. Dia tak tahu yang Wu Jiang ni, boyfriend baru anak dia, Miao Miao.

Mula-mula, Zhong ingatkan anak dia dah berubah lepas isteri dia meninggal. Siap bertatu semua, sekali anak dia sebenarnya terpaksa sebab dipaksa oleh Wu untuk perangkap Zhong. Latar untuk filem kali ini tak banyak sangat, kerana berlaku dalam satu malam dan di kelab sahaja sebagai lokasi.

Yang mengelirukan adalah apabila banyak sangat flashback, so macam konfius sikit. Awal cerita memang slow sikit, then bila dah tengah-tengah, mula meningkat adrenaline. Scene fight tak banyak sangat, mungkin sebab faktor usia dan mungkin juga filem kali ni, pengarah, Ding Sheng nak fokuskan kepada cerita yang lebih kepada hubungan kasih sayang dan kekeluargaan kot.

Untuk jalan cerita, Wu nak balas dendam selepas kematian adik semasa berlaku rompakan di sebuah farmasi. Yang menjadi tebusan di dalam kelab, semuanya orang-orang yang berkaitan dan ada semasa kejadian adik dia mati. Dia ingat adik dia mati dibunuh, padahal adik dia mati sebab bunuh diri, lepas mengandung dan stress.

Tu aku dah cerita dalam 70% so kalau cerita lagi, mungkin tak best untuk korang pergi menonton. Kepada yang ada masa, hari ni dah bermula tayangan untuk filem ini. Kepada peminat filem aksi dan peminat setia Jackie Chan, jangan lepaskan peluang untuk menonton.

Semalam, selain bawak peminat dan pembaca, kami bawak beberapa artis juga. Ni antara beberapa artis yang sempat hadir.  Kat bawah ni juga, aku selitkan trailer filem Police Story 2013. Jom lihat.





Thursday, December 19, 2013

Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






ADIRA LANCAR PRODUK PEMUTIH KULIT

Siapa yang tidak kenal dengan nama figura ini. Adira bukan sahaja terkenal menerusi bakat nyanyiannya tetapi juga dek kerana kulit putihnya yang mulus sehingga digelar Snow White Malaysia. 

Disebabkan dia menerima pelbagai tohmahan dan spekulasi berkaitan perubahan pada kulitnya, Adira baru-baru ini telah melancarkan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Adira Beauty Signature. 

Tanpa berselindung, Adira berkongsi 'rahsia' kulit putihnya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya menggunakan produk Whitening Facial & Body Soap, hasil fomulanya sendiri. 

Menurut Adira, produk ini mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C. Pada majlis yang telah berlangsung pada 17 Disember itu juga, Adira sempat menunjukkan demonstrasi menggunakan produk tersebut. 

Sehubungan itu, Adira berbesar hati untuk memberi peluang kepada 100 pelanggan pertama yang bertuah, menggunakan produk ini dan membuat testimoni. 100 pemenang bertuah itu juga akan berpeluang untuk menikmati makan malam bersama Adira sendiri pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. 

Tambah Adira, dia berharap agar menerusi pengenalan kepada produk Adira Facial & Body Soap ini.