Indah dari segi suasananya, cuacanya, macetnya, dan juga tidak kurang kemajuannya. Mungkin lewat seminggu, tapi tak kisah lah kan. Janji update juga. Last week, aku ke Jakarta, outstation untuk interview beberapa selebriti di sana iaitu Wali Band, Dadali, Armada dan showcase band Seventeen. Dalam pada tu, alang-alang, interview sekali Bunga Citra Lestari dan Marcell.
Sebelum ni, nama-nama besar ni cuma aku pernah dengar lagu-lagu mereka so this time, peluang aku untuk berbual dan berborak. Memang best. Kehidupan warga kota Jakarta nampak gayanya tak banyak beza berbanding kita di Malaysia tapi apa yang best adalah, berlambak-lambak shopping mall yang saiznya berkali ganda daripada Pavilion tuh.
Makanan dia boleh tahan murah. Barang-barang jualan pun sangat murah. Kami tak sempat nak shopping sakan tapi berjalan dalam ITC Kuningan tu pun buat aku letih. Terlalu banyak barang dengan harga best sampai tak tahu nak beli apa. Makanan dia pulak dah la murah, sedap-sedap pulak tu. Rasanya kalau aku menetap terus di sana, memang badan aku 10x ganda membesar daripada sekarang. Haha.
Anyway, tiga hari di sana memang tak cukup. Kepada yang berkesempatan untuk ke Jakarta, Kota Pak Jokowi tu, jangan lepaskan peluang tu sebab sangat best. Ingat tu tau. Di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat upload.
Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Friday, April 4, 2014
Thursday, December 19, 2013
ADIRA LANCAR PRODUK PEMUTIH KULIT
Siapa yang tidak kenal dengan nama figura ini. Adira bukan sahaja terkenal menerusi bakat nyanyiannya tetapi juga dek kerana kulit putihnya yang mulus sehingga digelar Snow White Malaysia.
Disebabkan dia menerima pelbagai tohmahan dan spekulasi berkaitan perubahan pada kulitnya, Adira baru-baru ini telah melancarkan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Adira Beauty Signature.
Tanpa berselindung, Adira berkongsi 'rahsia' kulit putihnya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya menggunakan produk Whitening Facial & Body Soap, hasil fomulanya sendiri.
Menurut Adira, produk ini mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C. Pada majlis yang telah berlangsung pada 17 Disember itu juga, Adira sempat menunjukkan demonstrasi menggunakan produk tersebut.
Sehubungan itu, Adira berbesar hati untuk memberi peluang kepada 100 pelanggan pertama yang bertuah, menggunakan produk ini dan membuat testimoni. 100 pemenang bertuah itu juga akan berpeluang untuk menikmati makan malam bersama Adira sendiri pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Tambah Adira, dia berharap agar menerusi pengenalan kepada produk Adira Facial & Body Soap ini.
Labels:
adira,
akademi fantasia,
kecantikan,
keputihan,
malaysia,
pemutih kulit,
penyanyi,
produk,
putih,
snow white,
wanita
Thursday, September 8, 2011
Vokal - Bukan Sekadar Rupa
Tajuk pun dah boleh agak dah posting ni pasal apa..
Pasal vokal - bukan sekadar rupa lah..
Hahahaha..
Sebenarnya ni adalah rancangan realiti TV terbaru dari stesen televisyen terkenal TV3..
Antara yang muncul dalam promo adalah seperti Black, dan Kak Erra..
![]() |
Muka aku buruk tapi ada bakat!
|
Ok, basically konsep rancangan ni still sama macam rancangan realiti yang mempertandingkan bakat nyanyian yang dah sedia ada..
Tapi uniknya rancangan ni adalah, ianya tidak memerlukan pakej..
Macam yang kita tau, kebanyakkan artis2 yang ada pun cuma berbekalkan pakej..
Muka cantik macam bunga matahari, suara bila nyanyi mengalahkan suara lembu mengawan..
![]() |
| Aiyak! |
Hancur!
So dengan adanya rancangan macam ni, akan dapat memeriahkan lagi industri muzik tanahair yang dah sedia meriah ni..
:)
Labels:
af10,
lembu main,
lembu romen,
malaysia,
nyanyi,
penyanyi,
pondan buruk,
realiti tv,
tv3,
vokal,
vokal bukan sekadar rupa
Subscribe to:
Posts (Atom)























