Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






Sunday, March 4, 2012

Movie Review - Man On a Ledge

Hola! Lama tak buat movie review kan.. Semalam aku sempat menonton Man On a Ledge.. Maybe sedikit lambat tapi tak kisah la.. Busy la.. Tak sempat nak tgk movie..



Basically movie ni pasal this one guy.. Nick.. Bekas polis dan kini ditangkap kerana dituduh mencuri berlian.. Time dia kat dlm penjara, bapa dia meninggal.. So dia dibenarkan ke funeral bapa dia.. Time tu dia ambik kesempatan utk larikan diri.. Dia curi kereta adik dia and larikan diri.. Kisah bersambung bila dia naik ke tingkat 21 sebuah hotel and act macam nak bunuh diri..






Dia buat macam tu ada sebab rupanya.. Apa sebab dia? Adakah dia benar2 bersalah? Semua tu anda kena tonton sendiri la.. Untuk menonton tentunya anda perlukan tiket movie.. Kalau dapat tiket free lagi best kan?
Ok hari ni aku akan kasi dua (2) pas percuma menonton Man On a Ledge di GSC/TGV.. Mana2 cawangan pun tak pe asalkan di dua panggung ni..


Caranya agak pelik tapi mudah.. Komen dgn memberikan sebab kenapa aku patut berikan pas percuma tu kepada korang.. Komen terbaik akan dapat dua pas percuma itu.. Jangan lupa sertakan alamat emel, so aku boleh contact pemenang..

So cepat2 la ye.. :)

Monday, December 12, 2011

Movie Review - The Muppets

Hola!
Semalam aku pergi menonton filem ni..
The Muppets!



Comel sangat ok..
Kecik2 dulu, mesti korang pernah tengok Mr Kermit, Miss Piggy dan kawan2 kan..
Time aku kecik2, depan tv la tempat aku kalau ada citer2 macam Sesame Street ni..
Dari sini aku belajar macam2..
And semalam, aku tengok The Muppets and reminds me kat zaman kecik2..
Mengisahkan Walter, yang ke Hollywood dengan abang dia, Gary..
Diorang ke Hollywood sebab Gary nak celebrate ulangtahun percintaan dengan Mary and dorang pergi ke The Muppets Studio yang dah tutup..
Secara tak sengaja, Walter terdengar perbualan antara pemilik studio dengan saudagar minyak, Tex Richman yang nak ambik studio tu dan nak runtuhkan sebab nak gali minyak kat bawah tanah..
Sadis..
So Walter dengan Gary and Mary bertungkus lumus mencari Mr Kermit dan membantu untuk menelamatkan Muppets Studio tu..
Dalam proses menyelamatkan tu, macam2 perkara berlaku..
Ada yang happy, kelakar, adventure, sedih, dan buat kita sebak..
Woah..
Memang aku kasi 4.9 bintang!
Korang kena tengok sendiri and feel the movie..
Sangat best..
Bawah ni ada trailer dia..

Monday, October 24, 2011

Movie Review - Trespass

Korang dah tengok ke belum filem Trespass ni?



Filem yang dibintangi oleh Nicolas Cage and Nicole Kidman ni mungkin pilihan buat anda yang ingin melihat sebuah filem mengenai keluarga dan ada action sikit2..
Macam aku, aku suka jugak la filem ni..
Latar tempat dia simple sebab berkisar dalam rumah family ni sahaja..
Ok aku ceritakan serba sedikit mengenai sinopsis filem ni..
Ada satu family kaya ni yang memang hidup di kawasan penempatan orang2 kaya nak mampus dengan rumah yang hi-tech dan ketat dengan ciri2 keselamatan yang mana ada rumah agam diorang sendiri..
Family Miller nama diorang..



Di sebalik kekukuhan dinding dan taman mewah tu, Kyle yang mana seorang ahli perniagaan beri kepercayaan kepada bini dia, Sarah untuk reka dan bina rumah tu..
Dalam membuat keputusan kepada rekabentuk rumah dan sebagainya, Sarah sering diganggu oleh seorang mamat muda hensem ni yang keja kat rumah diorang..



Dalam hidup aman damai tu, ada seorang makhluk jahat berdarah bukan macam manusia ni, hahahaha!
Nama dia Elias, pecah masuk ke rumah tu..



Semua penghuni rumah berada dalam keadaaan cemas dan terpaksa menyelamatkan keadaan dan nyawa..
Korang kena tengok sendiri macam mana Kyle, Sarah dan anak diorang Avery menyelamatkan rumah, harta, dan nyawa diorang di samping sayang antara satu sama lain..



So, pegi tengok cepat ok..

Tuesday, October 18, 2011

Movie Review - The Thing

Hola!
Ok hari ni aku nak review filem The Thing pulak..
Mungkin sedikit terpinggir dari perhatian para peminat filem sebab disogok dan tersembunyi disebalik kemeriahan filem Real Steel..
Tapi takpe..
Setiap filem ada kekuatan tersendiri..
Aku pun takkan pegi tengok kot kalau takde keja..
Tapi sebab semalam aku takde keja, dan takde filem lain dah nak ditonton selain Klip 3GP (Eeew!), aku pun tengok lah filem The Thing ini..
Memang OHSAM!
Sangat!
Jalan cerita dia simple je sebenarnya..
Ok, serba sedikit pasal cerita tu, basically, main thing is pasal Alien..
Satu kumpulan saintis terjumpa macam spaceship kat bawah gua ais kat Antartika..
Then, ketua kumpulan saintis ni menjemput seorang doktor gadis, dari US untuk datang buat kajian pasal struktur yang dijumpai di bawah tanah tu dan juga satu fosil yang diorang sendiri tak tau apakah ittew!
Hahahaa...
Then, bila dah angkat fosil tu dari dalam ais yang beku, ia rupanya satu makhluk asing..
Alien la uols!
Bukan Alin Alina tau!
Hahaha..
Menatang tu amatlah ganasnya siap makan ahli kumpulan saintis tu..
And the worse part, lepas benda tu makan, dia akan imitate rupa bentuk orang yang dimakan..
That means, macam virus la..
Sel tisu menatang tu, merge dengan sel mangsa and akan transform jadi alien inside the human..
So scary la..
Nak tau lebih lanjut korang kena tengok sendiri la..
Starting agak slow dan membuatkan aku menguap 23x tapi bila dah start action tu, memang tak pejam mata la..
Aku salute dia punya make up dengan CGI  yang amat ohsam!
Phewwww!
So korang apa lagi..
Pegi beli tiket segera dan tengok!
Kbye!

Sunday, September 25, 2011

Movie Review - Colombiana

Hey!
Korang dah tengok Colombiana belum?



Ok untuk Movie Review kali ni, nak share mengenai Colombiana..
Dibintangi oleh Zoe Saldana sebagai Cataleya..



Kalau tengok dari starting dia, automatik aku terus teringat dengan filem Hanna yang buat aku tertidur dalam panggung wayang lepas movie start selama 12 minit!

Sleeping pill!


Tapi untuk Colombiana ni lain sikit..
Aku tak tidur sampai habis.
Sebab ianya sebuah filem yang gojes!
Cataleya adalah anak kecil pada mulanya..



Parents dia dibunuh depan mata dia..
Then dia bertekad untuk membalas dendam kepada pembunuh parents dia..
Dalam masa 15 tahun, Cataleya dah membuat sesi pembunuhan sebanyak 22 kes..









Tapi orang tak dapat kesan dia..
Uniknya, lepas bunuh dia akan lukis corak bunga Cataleya atas dada orang yang dibunuh..
And orang yang dibunuh kebanyakannya penjahat tegar!
So ala-ala Robina Hooda pun ada juga la..
Cerita ni untuk jumlah bintang, aku kasi 4.8/5..
Kira ok la tuh kan!
Layannnnnnnn!

Monday, September 12, 2011

Movie Review - Bridesmaids

Hola!

Hola Hola Hola!


Hola, hola..
Tampar kang!
Bhahahahaha!
Ok untuk movie review kali ni pulak, aku nak review pasal Bridesmaids..

Bridesmaids


Kepada Cineplex, tolong betulkan ejaan kat tiket..
Hahahaha..
Ok overall movie ni macam yang dijangka..
Nice..
And aku amat, amat, amat suka movie ni..
Tema utama, pasal persahabatan..



And dapat tengok dengan jelas nilai2 persahabatan yang wujud dalam filem ni..
And kadang2 rasa macam tengok porn pun ada sikit..

Ouch!


HAHAHA..
Selain dari persahabatan, cinta pun macam biasa la akan ada..
So, bagi aku filem ni penuh dengan warna..
And sangat fun..
Watak utama, Annie yang dilakonkan oleh Kristen Wiig sangat menghiburkan sampai aku tak henti2 gelak..

That's me!


Memang dia sangat kelakar dan time menyakitkan hati, dia sangat menyakitkan hati!
HAHAHAHA..
Watak2 lain macam Lilian, the bride tu pun memang berkesan..
Bridesmaids yang lain pun best..

We all best!


So, jalan cerita dia pasal Annie iaitu BFF kepada Lilian..
Lilian lantik dia jadi maid of honor so dia sangat happy lah..
Tapi dalam pada tu, bridesmaids yang lain pun akan join diorang..
And nak muncul masalah time tu, is Helen..
Helen ni macam orang kaya yang fake tunjuk baik and try untuk jadi perfect dalam semua hal..
Membencikan..
And dalam Annie sampai gaduh2 dengan Lilian, dia jumpa polis and macam2 yang kelakar jadi..
So korang memang kena pergi tengok movie ni atau korang akan menyesal!
Untuk filem ni aku kasi 5/5 bintang!

Next movie is...
Contagion..
Hehehe..

Sunday, September 11, 2011

Movie Review - Apollo 18

Hello!
Movie review kali ni pasal Apollo 18..

Apollo 18


Korang dah tengok belum?
Kalau belum tengok, urm...
Kepada yang ada habit buruk mudah tertidur dalam panggung, jangan tengok..
Sebab aku pun beberapa kali menguap dan asyik berdoa supaya filem tu cepat habis..

Gigih berdoa bagi movie tamat dengan cepat!


Hurm..
Jalan cerita dia ok..
Pasal tiga orang angkasawan US ni, dihantar ke bulan..

We all kat bulan! Uols ada?

Diorang ingatkan diorang dihantar ke bulan untuk buat kajian dan ambik sampel batu..
Malangnya, kerajaan US hantar diorang atas sebab lain..
Untuk kaji dan cari punca kenapa angkasawan Rusia yang dihantar sebelum tu tak dapat pulang ke Bumi..
Senang cerita, ada ala2 alien punya hal la..

Suka kan kau guna gambar aku!


Batu terbang semua..
Yang tak tahan, ketul batu sebijik, tetiba terapung, tumbuh kaki ala2 spider..

Ni batu bulan yang asal.. So kaki tak tumbuh lagi..


Baik tengok Spiderman..

Peace!


HAHAHAHAHA!
Tapi to those yang rasa nak tengok ok la.
Sebab cerita ni walaupun rekaan, tapi at first aku rasa macam real pun ada jugak..
Sebab dia bagitau yang footage2 adalah dari footage asal yang NASA dapat..
Scary kalau benda ni betul..
Hahahaha..
Yang tak boleh belah, batu tu cerdik ok..
Pandai masuk dalam badan orang..
Then kena infection, and mati..

Cancer batu!


Haish...

Ok, untuk movie ni aku kasi 2/5 bintang!

Ok, next, aku nak review pasal Bridesmaids pulak!
Bye.. :)