Showing posts with label cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Movie Review - Police Story 2013: Aksi Kompak, Latar Ringkas


Semalam, kami sempat menonton tayangan perdana filem Police Story 2013 lakonan Jackie Chan. Siapa yang tidak pernah menonton filem bersiri ini sebelum ini, mohon kerat kepala masing-masing please. Ramai jugak yang hadir sebab kami dapat hall besar yang muat untuk 250 orang. Over kan?! Hahaha.

Okaylah. Serba sedikit mengenai filem ini, ianya seperti biasa berkisar mengenai kehidupan seorang polis, Detektif Zhong Wen lakonan Jackie Chan sendiri. First scene, dia di dalam teksi menuju ke sebuah kelab malam milik Wu, sang penjahat. Dia tak tahu yang Wu Jiang ni, boyfriend baru anak dia, Miao Miao.

Mula-mula, Zhong ingatkan anak dia dah berubah lepas isteri dia meninggal. Siap bertatu semua, sekali anak dia sebenarnya terpaksa sebab dipaksa oleh Wu untuk perangkap Zhong. Latar untuk filem kali ini tak banyak sangat, kerana berlaku dalam satu malam dan di kelab sahaja sebagai lokasi.

Yang mengelirukan adalah apabila banyak sangat flashback, so macam konfius sikit. Awal cerita memang slow sikit, then bila dah tengah-tengah, mula meningkat adrenaline. Scene fight tak banyak sangat, mungkin sebab faktor usia dan mungkin juga filem kali ni, pengarah, Ding Sheng nak fokuskan kepada cerita yang lebih kepada hubungan kasih sayang dan kekeluargaan kot.

Untuk jalan cerita, Wu nak balas dendam selepas kematian adik semasa berlaku rompakan di sebuah farmasi. Yang menjadi tebusan di dalam kelab, semuanya orang-orang yang berkaitan dan ada semasa kejadian adik dia mati. Dia ingat adik dia mati dibunuh, padahal adik dia mati sebab bunuh diri, lepas mengandung dan stress.

Tu aku dah cerita dalam 70% so kalau cerita lagi, mungkin tak best untuk korang pergi menonton. Kepada yang ada masa, hari ni dah bermula tayangan untuk filem ini. Kepada peminat filem aksi dan peminat setia Jackie Chan, jangan lepaskan peluang untuk menonton.

Semalam, selain bawak peminat dan pembaca, kami bawak beberapa artis juga. Ni antara beberapa artis yang sempat hadir.  Kat bawah ni juga, aku selitkan trailer filem Police Story 2013. Jom lihat.





Sunday, September 25, 2011

Movie Review - Colombiana

Hey!
Korang dah tengok Colombiana belum?



Ok untuk Movie Review kali ni, nak share mengenai Colombiana..
Dibintangi oleh Zoe Saldana sebagai Cataleya..



Kalau tengok dari starting dia, automatik aku terus teringat dengan filem Hanna yang buat aku tertidur dalam panggung wayang lepas movie start selama 12 minit!

Sleeping pill!


Tapi untuk Colombiana ni lain sikit..
Aku tak tidur sampai habis.
Sebab ianya sebuah filem yang gojes!
Cataleya adalah anak kecil pada mulanya..



Parents dia dibunuh depan mata dia..
Then dia bertekad untuk membalas dendam kepada pembunuh parents dia..
Dalam masa 15 tahun, Cataleya dah membuat sesi pembunuhan sebanyak 22 kes..









Tapi orang tak dapat kesan dia..
Uniknya, lepas bunuh dia akan lukis corak bunga Cataleya atas dada orang yang dibunuh..
And orang yang dibunuh kebanyakannya penjahat tegar!
So ala-ala Robina Hooda pun ada juga la..
Cerita ni untuk jumlah bintang, aku kasi 4.8/5..
Kira ok la tuh kan!
Layannnnnnnn!