Showing posts with label cina. Show all posts
Showing posts with label cina. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






Friday, February 10, 2012

Jom Tengok Apa Sebenarnya Terjadi: KFC!

Jom tengok apa sebenarnya yang terjadi.. Apa yang terjadi apa? Still ingat tak video ni kat posting 'Pekerja KFC Gangster?' yang aku post beberapa hari lepas.. Mungkin ramai berprasangka dan cakap2 pasal KFC Malaysia and ramai hentam pekerja tu sebab 'customer is always right!' katanya! Ok, semalam keluar video customer tu yang namanya Danny kalau tak silap buat press conference cakap kat 1Malaysia yang dia tak salah.. Ok, hari ni keluar pulak video ni.. Jom tengok dulu..



So, apa pendapat korang? Adakah korang rasa pekerja tu patut buat apa yang dia dah buat? Kalau aku, mungkin aku tak buat camtu kot.. Mungkin lebih teruk.. Erk! Hahaha.. Pilihanraya dah dekat ni.. So hati2 dengan mulut, perkataan, perbuatan, serta perlakuan.. :)

Tuesday, October 18, 2011

Humanity -----> FAILED!



Posting kali ni agak emosi ye..
Harap maaf..
Aku taknak racist and tak bermaksud apa2..
Ni pasal kes langgar budak China 2 tahun tu..
Kesian kan?
Humanity dah tak wujud kot kat China..
Alhamdulillah kita still ada humanity kat Malaysia..
Walaupun over-concern leads to something yang annoying, tapi at least better dari tak concern langsung..

Tengok video kat bawah ni!