Monday, September 10, 2012

Rumah Terbuka NAZA Mantop!

Hehe. Over kan tajuk. Takpe sebab memang mantop pun. Rumah Terbuka Aidilfitri NAZA ni memang sangat hebat dengan sajian berpuluh2 jenis makanan terus dihidangkan dari dapur Le Meridien KL. Semalam memang banyak pilihan makanan Melayu, tapi ada juga beberapa makanan kaum lain so sangat 1Malaysia.

Aku macam biasa la, bila tiba je masa rumah terbuka, kalau boleh semua makanan nak rasa. Cuma perut cepat kenyang so aku sempat rasa beberapa makanan je antaranya Mee Kari, Nasi Lemak, Keropok Lekor, dan Apam Balik. Nasi lemak dia memang paling heaven. Orang lain makan satu scoop, aku mintak dua. Haha. Selain dari tu, ada juga buah-buahan tempat diletakkan sebagai pemanis mulut.

Majlis petang semalam yang berlangsung bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang dimeriahkan lagi dengan pengacara majlis Kieran dari Hot FM, persembahan tarian dan nyanyian dari kumpulan di bawah naungan Pak Ngah, serta kemunculan Upin & Ipin.

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku snap. :)











Friday, September 7, 2012

NTV7 Saluran Ceria Anda Bawakan Pasangan Diraja Kepada Penonton



April 2011 lalu menyaksikan 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di Saluran Ceria Anda, ntv7 bagi menatap saat penting dalam pasangan idola mereka – Will dan Kate – melafazkan ikrar cinta mereka sekaligus mengakhiri zaman bujang pasangan ini. Maka tidak hairanlah lensa kamera media bakal tidak ketinggalan ini untuk merakam lawatan istimewa mereka ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.


Pasukan produksi khas ntv7 juga bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang idola mereka melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam “Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September jam 9.30 malam. Penonton bakal melihat klip video yang di ambil sepanjang lawatan 3-hari pasangan Diraja itu serta temubual dan laporan eksklusif berkaitan mereka.

Selain daripada rancangan khas tersebut, pengikut setia Putera William dan Kate Middleton pastinya lebih teruja dengan rancangan berkaitan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam.

Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam. Penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert “The Diamond Jubilee Concert 2012” pada 15 September, jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang disemarakkan oleh bintang-bintang popular tersohor yang terdiri daripada Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.

Bagi menghargai penonton setia, ntv7 yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-14-nya akan mengadakan peraduan “Watch & Win” Will & Kate – The Malysian Tour, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya perlu menonton rangkaian rancangan istimewa berkaitan pasangan Diraja itu di ntv7.



Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.


Segmen ini juga akan memberi pandangan daripada kaca mata tempatan melalui ulasan dan soal jawab bersama orang ramai. The Breakfast Show akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi. Rancangan temubual wanita ntv7, Bella pula bersiaran setiap Ahad, jam 1.30 petang manakala Isnin hingga Khamis pada jam 11 pagi turut tidak terlepas mengupas pelbagai isu mengenai pasangan romantis ini.

Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.

Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.

Sebagai menghargai lawatan itu, saluran pilihan penonton, ntv7 akan membuat kiraan detik bermula 1 September melalui inisiatif istimewa – “Will & Kate Malaysian Tour” dimana pelbagai rancangan menarik bakal disajikan sepanjang 12 hari kiraan itu.
Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Thursday, September 6, 2012

Pindah Rumah

Salam semua. Baru-baru ni aku dah pindah rumah sebab rumah lama tu dah ada orang baru nak masuk. So sedikit sedih la sebab dah selesa kat rumah tu. Rumah sewa lama tu rumah flat tapi sebab kawasan tu senang dapat kedai, and access dengan banyak kemudahan, so aku dan housemates (now ex-housemates) memang sangat selesa serta seronoklah di situ.


Ex housemates

Disebabkan terpaksa berpindah, so aku cuba mencari rumah sewa dan akhirnya ada sebuah rumah ni sesuai. Lokasinya adalah di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Yeap, 5 minit berjalan kaki dari office aku. Alhamdulillah lah sebab dekat.

Harga dia tak murah sangat macam rumah lama la. Tapi bila fikir-fikir balik, ok la kot sebab tu master bedroom and ada bilik mandi sekali dalam bilik. So lepas dah deal dengan owner rumah, aku pun setuju untuk stay situ. Sekarang masa untuk fikir macam mana nak angkut barang aku yang 4 tan tu!

Selepas bertungkus lumus berkemas segala bagai, aku pun setel dan bersedia untuk pindah rumah. Call lori, RM180 dia caj. Lantaklah. Tu pun, Indiana Jones yang bawak lori tu nak mintak extra RM20 tapi disebabkan perangai aku yang macam gampang, memang aku tak kasi la!

"Kalau you taknak angkat, I boleh call lori lain. Kalau you nak angkat, terima je RM180 ni," kata aku kepada Indiana and dia pun cakap ok. Alhamdulillah.

Sampai je di rumah baru, satu lagi cabaran adalah nak kemas bilik. Bilik ni luas tapi barang aku lagi banyak. Melampau banyak gila-gila punya banyak. Sebab lagi satu adalah aku takde kotak untuk simpan barang. So sebab tu la kot nampak banyak gile.

Ruang tamu yang anggun


Rumah baru ni ok, ruang tamu nampak kemas. Masalah aku sekarang adalah seekor kucing. Sebab aku asthma, so kalau kucing ni menggedik-gedik dalam bilik aku, mungkin bulan pertama aku dah arwah sebab sesak nafas. So aku decide untuk sentiasa tutup pintu.


Tiffany

So petang tu, mula la aku ni slow-slow kemas bilik tu, susun barang, kumpul sampah. And now, alhamdulillah sekali lagi sebab barang-barang semua dah disusun rapi dan aku dah dapat bilik yang selesa dan berbau wangi serta kemas. :)

Sebelum kemas

Selepas kemas

Sofa buatan sendiri yang baru siap semalam.

Semua dah setel dan boleh landing dengan aman. :)

Berita Litar: Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 - SIC Jangka 70,000 Banjri Litar Sepang

Peneraju utama acara Malaysian Motorcycle Grand Prix, Sepang International Circuit (SIC) menjangkakan sejumlah 70,000 penonton bakal membanjiri litar kebanggaan negara tersebut pada hari perlumbaan untuk edisi ke-22 Malaysian Motocycle GP pada bulan hadapan.

Kemeriahan dan kebanggaan ini turut dikongsi oleh organisasi bank terbesar di Malaysia, Maybank yang turut menjadi rakan usahasama untuk Malaysian GP tahun ini. Seperti yang semua sedia maklum, Maybank sejak 21 tahun lalu telah menyumbang tajaan kepada jenama-jenama besar.

Maybank yang merupakan jenama terulung di rantau ini akan memenuhi ruang pengiklanan dan turut memberikan beberapa faedah untuk pelbagai aktiviti sepanjang acara termasuklah yang melibatkan VIP.

Dengan menyertai promosi bersama SIC, Maybank juga turut menawarkan diskaun istimewa  untuk pemegang kad keahliannya dan turut mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah sebuah Benelli Naked Bike TNT899 serta pakej percutian untuk dua orang ke Grand Prix di Valencia pada November.







Friday, August 3, 2012

Impian Emas Negara dan Baskin-Robbins

Petang tadi di Sri Pentas berlangsungnya satu acara yang melibatkan pihak Media Prima dan jenama aiskrim kegemaran rakyat Malaysia, Baskin-Robbins. Kedua-dua pihak tersebut menyatakan hasrat mereka bagi menjadi sumber motivasi buat rakyat supaya terus memberikan sokongan padu buat para atlet kebangsaan yang bertarung di Sukan Olimpik di London.

Janji mereka adalah sekiranya pasukan Malaysia mendapat pingat emas pertama tidak kira dalam apa jua acara, Baskin-Robbins bakal memberikan aiskrim percuma buat semua pelanggan pada 8 Ogos akan datang. 8-10 malam pada hari tersebut akan dipenuhi dengan sesi pemberian aiskrim percuma di semua outlet Baskin-Robbins di seluruh negara kecuali beberapa tempat seperti hospital dan sebagainya.

Ini akan memberikan inspirasi buat para peminat sukan untuk terus menyokong pasukan kebangsaan. Menurut Ahmad Izham Omar selaku orang kuat Media Prima, pihaknya berharap suara sokongan rakyat akan membuahkan hasil melangkaui jarak dan dapat menjadi motivasi buat para atlet untuk terus berjuang untuk sukan negara.

Tuesday, July 31, 2012

MASKULIN Keluaran Ogos 2012 Kini Di Pasaran

Kepada semua pembaca setia MASKULIN, mungkin ramai yang sudah tahu MASKULIN keluaran Ogos kini sudah berada di pasaran. Kepada yang belum dapatkan, sila dapatkan segera. Penghias muka hadapan untuk isu ini Aiman Mentor yang juga bintang dalam drama bersiri Vanila Coklat berkongsi pengalamannya sebagai bintang baru dalam industri. Aiman juga berkongsi cerita serta pengalaman rayanya.

*Jangan lupa sertai peraduan dalam MASKULIN terbaru ini. Mana tahu rezeki anda bakal memenangi hadiah dari STARBUCKS bernilai RM5,000!

Brylcreem Beri Gaya Untuk Lelaki Moden

Brylcreem, rangkaian produk penjagaan rambut terkemuka untuk lelaki sekali lagi mengadakan acara bagi memperkenalkan Brylcreem sebagai salah satu produk untuk gaya rambut lelaki moden. Acara tersebut mengetengahkan beberapa jejaka dengan gaya serta penggunaan rangkaian berbeza keluaran Brylcreem sendiri.

Acara ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran duta produk Brylcreem selaku penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Pelbagai soalan diajukan kepadanya antaranya produk yang digunakan dan juga cara penjagaan rambut.

Khairul Fahmi atau Apek dipilih sebagai duta kerana kredibilitinya sebagai seorang ahli sukan terkemuka disamping lambang lelaki moden hari ini yang aktif, tetapi masih menitikberatkan penjagaan kepada penampilan diri.