Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Impian Emas Negara dan Baskin-Robbins

Petang tadi di Sri Pentas berlangsungnya satu acara yang melibatkan pihak Media Prima dan jenama aiskrim kegemaran rakyat Malaysia, Baskin-Robbins. Kedua-dua pihak tersebut menyatakan hasrat mereka bagi menjadi sumber motivasi buat rakyat supaya terus memberikan sokongan padu buat para atlet kebangsaan yang bertarung di Sukan Olimpik di London.

Janji mereka adalah sekiranya pasukan Malaysia mendapat pingat emas pertama tidak kira dalam apa jua acara, Baskin-Robbins bakal memberikan aiskrim percuma buat semua pelanggan pada 8 Ogos akan datang. 8-10 malam pada hari tersebut akan dipenuhi dengan sesi pemberian aiskrim percuma di semua outlet Baskin-Robbins di seluruh negara kecuali beberapa tempat seperti hospital dan sebagainya.

Ini akan memberikan inspirasi buat para peminat sukan untuk terus menyokong pasukan kebangsaan. Menurut Ahmad Izham Omar selaku orang kuat Media Prima, pihaknya berharap suara sokongan rakyat akan membuahkan hasil melangkaui jarak dan dapat menjadi motivasi buat para atlet untuk terus berjuang untuk sukan negara.

Friday, June 1, 2012

London The Summer Musical - The Show

Semalam merupakan persembahan pertama yang juga pembukaan untuk London The Summer Musical (LTSM). Siapa yang masih ingat posting aku yang dulu London The Summer Musical di Sunway Lagoon Jun Ini, mungkin korang akan ada sedikit idea mengenai show ini. Teater muzikal ini memang best ye! Compare dengan tahun lepas punya semasa aku menonton Mamma Mia, dah la pelakon-pelakon tua tapi untuk LTSM ini lebih menarik, bukan sahaja dengan lagu-lagu yang didendangkan pada setiap babak yang mesra telinga, tetapi juga disebabkan aktor dan aktres yang hebat-hebat, muda, dan elok! Haha..

Penari-penari pula tahun ini kebanyakannya diimport dari Filipina, Thailand, dan ada beberapa negara lain. Kebanyakan dari mereka adalah profesional so ke-profesional-an mereka akan memastikan semua step tarian dan babak dalam muzikal ini berjalan dengan lancar.

Untuk pelakon dan watak pula, watak utama wanita, Penny merupakan pilihan aku. Suara dia sedap gila dan membuat aku rasa seperti menonton persembahan Rachel Berry dari Glee secara live! Hebat kan?! Hehe. Ok kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat snap sebelum, semasa, dan penutup persembahan. Layan!