Petang tadi di Sri Pentas berlangsungnya satu acara yang melibatkan pihak Media Prima dan jenama aiskrim kegemaran rakyat Malaysia, Baskin-Robbins. Kedua-dua pihak tersebut menyatakan hasrat mereka bagi menjadi sumber motivasi buat rakyat supaya terus memberikan sokongan padu buat para atlet kebangsaan yang bertarung di Sukan Olimpik di London.
Janji mereka adalah sekiranya pasukan Malaysia mendapat pingat emas pertama tidak kira dalam apa jua acara, Baskin-Robbins bakal memberikan aiskrim percuma buat semua pelanggan pada 8 Ogos akan datang. 8-10 malam pada hari tersebut akan dipenuhi dengan sesi pemberian aiskrim percuma di semua outlet Baskin-Robbins di seluruh negara kecuali beberapa tempat seperti hospital dan sebagainya.
Ini akan memberikan inspirasi buat para peminat sukan untuk terus menyokong pasukan kebangsaan. Menurut Ahmad Izham Omar selaku orang kuat Media Prima, pihaknya berharap suara sokongan rakyat akan membuahkan hasil melangkaui jarak dan dapat menjadi motivasi buat para atlet untuk terus berjuang untuk sukan negara.
Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts
Friday, August 3, 2012
Thursday, March 22, 2012
SKECHES Perkenal Rangkaian Kasut Sukan Terbaru
SKECHES mungkin tak berapa famous di Malaysia macam BATA (erk!) dan jenama lain.. Tapi kalau nak tahu, SKECHES adalah salah satu jenama kasut sukan yang dah berada di pasaran sejak 20 tahun lalu bermula di US.. Di Pavilion adalah butik SKECHES pertama dibuka di Malaysia.. Tadi siang, dorang adakan satu acara termasuklah fashion show memperagakan rangkaian kasut baru mereka di Pavilion KL..
Subscribe to:
Posts (Atom)







