Showing posts with label klcc. Show all posts
Showing posts with label klcc. Show all posts

Friday, September 7, 2012

NTV7 Saluran Ceria Anda Bawakan Pasangan Diraja Kepada Penonton



April 2011 lalu menyaksikan 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di Saluran Ceria Anda, ntv7 bagi menatap saat penting dalam pasangan idola mereka – Will dan Kate – melafazkan ikrar cinta mereka sekaligus mengakhiri zaman bujang pasangan ini. Maka tidak hairanlah lensa kamera media bakal tidak ketinggalan ini untuk merakam lawatan istimewa mereka ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.


Pasukan produksi khas ntv7 juga bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang idola mereka melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam “Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September jam 9.30 malam. Penonton bakal melihat klip video yang di ambil sepanjang lawatan 3-hari pasangan Diraja itu serta temubual dan laporan eksklusif berkaitan mereka.

Selain daripada rancangan khas tersebut, pengikut setia Putera William dan Kate Middleton pastinya lebih teruja dengan rancangan berkaitan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam.

Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam. Penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert “The Diamond Jubilee Concert 2012” pada 15 September, jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang disemarakkan oleh bintang-bintang popular tersohor yang terdiri daripada Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.

Bagi menghargai penonton setia, ntv7 yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-14-nya akan mengadakan peraduan “Watch & Win” Will & Kate – The Malysian Tour, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya perlu menonton rangkaian rancangan istimewa berkaitan pasangan Diraja itu di ntv7.



Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.


Segmen ini juga akan memberi pandangan daripada kaca mata tempatan melalui ulasan dan soal jawab bersama orang ramai. The Breakfast Show akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi. Rancangan temubual wanita ntv7, Bella pula bersiaran setiap Ahad, jam 1.30 petang manakala Isnin hingga Khamis pada jam 11 pagi turut tidak terlepas mengupas pelbagai isu mengenai pasangan romantis ini.

Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.

Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.

Sebagai menghargai lawatan itu, saluran pilihan penonton, ntv7 akan membuat kiraan detik bermula 1 September melalui inisiatif istimewa – “Will & Kate Malaysian Tour” dimana pelbagai rancangan menarik bakal disajikan sepanjang 12 hari kiraan itu.
Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Saturday, April 28, 2012

Kebanggaan Aku Kebanggaan Malaysia

Hari ni Bersih lagi kan? Nak komen pun aku tak banyak benda sangat pasal benda ni.. Tak kisah lah.. Ok hari ni jom bercerita pasal benda yang kurang paling suka dalam Malaysia? Nak? Aku punya pilihan adalah KLCC.. Tak tau kenapa, tapi KLCC tetap jadi salah satu kebanggaan aku.. Walaupun dah ulang alik banyak kali tapi tiap kali lalu situ mesti aku excited Nak ambik gambar.. Korang pulak camna?

Friday, February 10, 2012

Melayu Mudah Lupa + Perjuangan Belum Selesai + Saat Pilu = :'(

Mungkin bodoh buat sesetengah orang.. Tapi bagi aku, ini adalah istimewa.. Aku ada dua nenek.. Seorang adalah penyokong pembangkang manakala seorang lagi penyokong kuat parti kerajaan.. Aku? Neutral.. Dua2 aku sayang.. I mean, neneks aku la.. Hehehe.. Aku sayangkan kerajaan Malaysia.. Aku jugak sokong perjuangan tegar pembangkang.. Dua2 punya hak masing2 and punya objektif yang ingin menyumbang kepada tanahair.. Entahlah.. Nak bercakap pasal politik pun, aku bukan siapa2.. So, aku rasa lebih baik bertindak satu arah.. Tidak menyongsong ke mana2.. Betol tak?

Tadi siang aku ada menonton video lama ni.. Mula2 rasa macam ok je.. Video lama.. Teringat time sekolah dulu.. Video ni selalu dimainkan di RTM selalunya sebelum berita start.. Hehehe.. Terkenang pulak.. Rindu kampung halaman.. Mungkin korang pernah dengar sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang dideklamasikan oleh Tun Mahathir? Pernah kan? Kat sini, aku letak kompilasi daripada tiga video..



Ya Tun! Melayu Mudah Lupa! Melayu sering terlupa dan terleka.. Macam aku.. Tapi apa yang kuatkan kita adalah nama bangsa kita sendiri.. Nangis bila aku tengok video ni tadi.. Bukan sebab aku rindu kampung halaman atau sebab tengok Tun menangis tapi sebab aku dapat rasakan semangat Tun.. Semangat cintakan negara yang ada dalam diri Tun..

Rata2 ramai yang menyatakan dan melemparkan pelbagai tohmahan kepada orang tua ini.. Tapi bagi aku, Tun adalah seorang pemimpin yang berjaya.. Berjaya membawa negara kita kearah yang membanggakan.. Kita pernah dipandang kecil dan remeh oleh kuasa luar suatu ketika dahulu.. Tapi dengan wujudnya kepimpinan Tun, Malaysia terus maju dan terus maju seiring dengan negara membangun yang lain..

Biarlah orang nak bercakap2 mengenai Tun yang membazir duit negara, tidak mahu berdamai dengan parti Islam atau apa2 jua.. Yang penting, kita semua hidup dalam keadaan damai dan mewah ketika itu.. Harga minyak dan barangan harian tidak setinggi hari ini.. Kita semua mampu.. Wujud pelbagai binaan dan inovasi dari Proton Saga Merah hinggalah ke menara berkembar tertinggi di dunia, KLCC.. Tun jenuhkan jua untuk semua rakyat.. Hm..

Aku jarang update or post benda2 serius macam ni.. Tapi untuk hal ni, aku sangat sayangkan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.. Hidup Tun! :')