Peneraju utama acara Malaysian Motorcycle Grand Prix, Sepang International Circuit (SIC) menjangkakan sejumlah 70,000 penonton bakal membanjiri litar kebanggaan negara tersebut pada hari perlumbaan untuk edisi ke-22 Malaysian Motocycle GP pada bulan hadapan.
Kemeriahan dan kebanggaan ini turut dikongsi oleh organisasi bank terbesar di Malaysia, Maybank yang turut menjadi rakan usahasama untuk Malaysian GP tahun ini. Seperti yang semua sedia maklum, Maybank sejak 21 tahun lalu telah menyumbang tajaan kepada jenama-jenama besar.
Maybank yang merupakan jenama terulung di rantau ini akan memenuhi ruang pengiklanan dan turut memberikan beberapa faedah untuk pelbagai aktiviti sepanjang acara termasuklah yang melibatkan VIP.
Dengan menyertai promosi bersama SIC, Maybank juga turut menawarkan diskaun istimewa untuk pemegang kad keahliannya dan turut mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah sebuah Benelli Naked Bike TNT899 serta pakej percutian untuk dua orang ke Grand Prix di Valencia pada November.
Showing posts with label circuit. Show all posts
Showing posts with label circuit. Show all posts
Thursday, September 6, 2012
Monday, June 4, 2012
Zulfahmi Optimis Di Catalunya
Perlumbaan kelima MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Catalunya hujung minggu ini dilihat mampu memberi kelebihan buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Zulfahmi yang berada di tangga kesembilan pada ketika ini mampu berada di kedudukan podium selepas mencatatkan prestasi terbaiknya di Litar Estoril pada 6 Mei yang lepas.
Keupayaan beliau menempatkan diri di kalangan pelumba barisan hadapan pada perlumbaan MotoGP ketiga di Estoril dengan menduduki tempat keempat sekaligus mengutip 13 mata nyata telah membuka lembaran baru dalam sejarah perlumbaan MotoGP buat Malaysia. Walaupun tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Le Mans pada 20 Mei yang lalu, beliau tetap optimis akan mengulangi kejayaannya seperti di Estoril.
“Sekiranya keadaan litar di Catalunya baik dan jentera saya tidak menghadapi sebarang masalah, saya yakin akan menamatkan perlumbaan pada hujung minggu ini dengan baik dan tidak mengecewakan rakyat Malaysia,” katanya.
Selepas berehat hampir seminggu, Zulfahmi yang telah mengumpul 29 mata sepanjang empat perlumbaan MotoGP musim ini akan berlumba di Catalunya dan membawa harapan rakyat Malaysia yang ingin melihatnya menjejakkan kaki ke podium.

![]() |
| Gambar: SIC |
Labels:
antarabangsa,
circuit,
f1,
fahmi,
international,
litar,
malaysia,
sepang,
zulfahmi
Subscribe to:
Posts (Atom)