Showing posts with label tipu. Show all posts
Showing posts with label tipu. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Bulan Pertama, Pengajaran Pertama

Belum habis Januari lagi, macam-macam benda aku dah lalui dan belajar. Hari ni dah masuk hari ke-31 dalam Januari 2013. So that means hari terakhir dalam bulan ni. Esok dah melangkah ke Februari. Nak tau apa yang aku dapat belajar? Teruskan membaca.

Bulan Januari selalunya kita akan berharap agar berlakunya perkara-perkara positif tapi kadangkala kita sendiri sebagai manusia tidak boleh nak elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Semuanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya mampu mengikut jalan cerita yang telah tertulis.

Allah tak akan bagi ujian dan cabaran kepada hambaNya kalau kita tak kuat. Dia Maha Mengetahui dan kalau dia bagi ujian, ertinya dia sedang memerhatikan kita, sedang memberi kesedaran kita, dan nak tengok sama ada kita seorang yang tabah atau tak.

Bulan ni, beberapa kali aku terkena. Main keyword adalah, 'tipu'. Banyak maksud yang boleh diajukan bila aku sebut sahaja satu perkataan tu tapi bagi aku, 'tipu' yang aku terkena kali ini adalah lebih kepada perasaan.

Mungkin telah tercatat juga bahawa aku sememangnya akan terkena. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku ada kekurangan. Akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari. Apa yang aku boleh buat cuma bersabar, bersabar, dan bersabar. Tenangkan jiwa. Allah takkan uji orang yang lemah. Itu selalu jadi penguat untuk aku.

Okay, untuk kali ini apa kata aku kongsi tips elak ditipu, dipermain, dan diperbodohkan. Nak? Haha.


  1. Jangan termakan kata-kata manis pada awal kisah contohnya dalam percintaan. Kata-kata manis sentiasa wujud terutamanya dari Si Mulut Manis.
  2. Kerasakan hati, jiwa, dan minda. Jangan mudah terpengaruh.
  3. Cuba selami jiwa seseorang sebelum membuat keputusan dan memberikan hati.
  4. Selidik gaya hidupnya dan ini adalah bonus sekiranya anda seorang wartawan. Haha.
  5. Kenalpasti trend penipuan yang digunakan pada hari ini.
  6. Si penipu selalunya akan pandai untuk twist fakta, dan buatkan rasa bersalah dihadapkan ke muka anda.
  7. Pujukan adalah maha hebat buat si penipu, jadi jangan cepat cair.
  8. Elak bina semula kepercayaan selepas ditipu kerana si penipu tidak akan menipu hanya sekali.


Agak emosi ye. Haha. Tapi fakta dan tips di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih. :)tip

Saturday, April 7, 2012

Duit Mudah

Korang pernah tak terfikir untuk dapatkan duit dengan cara mudah.. Maksud aku takde la sampai mencuri ke merompak tapi macam buat kerja ala2 MLM or online punya benda.. Tadi sibuk2 jalan2 kat web jumpa satu ala2 newsletter cakap seorang wanita dari Malaysia buat duit sampai $8,000 sebulan.. Dollar ye.. Bukan RM.. Agak macam seronok dan teruja kejap.. Dia buat duit dengan satu sistem dikenali sebagai Home Income Cash System.. Then aku Google lagi kot2 ada informasi pasal sistem ni dan aku jumpa beberapa benda.. Cuba korang compare kedua2 story bawah ni..



Bodoh kan? Ayat sebijik cuma tukar nama and tempat tinggal.. So siapa yang terjoin binatang bodoh ni memang kesian la.. Haish.. So, nasihat aku jangan nak percaya la sangat benda2 duit online ni. Takde benda yang dapat senang2 camni.. Semua kena bermula dengan usaha.. Dulu aku pernah terkena time guna MySpace.. Nama binatang yang aku terkena tu adalah Myspacetunai ke apa ntah.. So korang fikir dulu sebelum nak klik apa2.. 


Friday, March 9, 2012

Tipu Untuk Kebaikan

Hari ni nak bercakap pasal tipu.. Ada banyak jenis tipu.. Ada yang sengaja menipu dan ada jugak yang tipu secara tak sengaja.. Ada sesetengah orang yang terpaksa menipu atas banyak sebab.. Orang mungkin anggap semua tipu tu salah.. Memang, menipu tu berdosa.. Tapi kalau ada sebab yang munasabah, camne? Kita manusia.. Takkan tak pernah menipu kot.. Hurm.. Aku pun pernah menipu.. Tapi kebanyakannya untuk sebab-sebab tertentu.. Aku takkan senang2 tipu orang..
Menipu untuk menjaga hati dan perasaan. Tu yang aku buat.. Kadangkala, kebenaran adalah pahit untuk ditelan.. Tak semua orang boleh menerima kebenaran dengan tangan terbuka.. Kebenaran memang pahit.. Aku pun kadang2 tak boleh nak terima kebenaran.. Kadang2 terpaksa tipu hati dan diri sendiri.. Tu penipuan yang aku pernah buat.. Aku tipu orang untuk jaga perasaan.. Aku taknak orang sedih.. Kalau dah sayangkan seseorang, kita tentunya tak nak lihat orang tu bersedih kan.. Mesti kita nak tengok dia happy walaupun kita je yang tahu kebenarannya..
Hurm.. Entry kali ni agak beremosi kan..  Takpe.. Aku masih mampu berfikiran dengan waras.. :)
Assalamualaikum..