Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Boleh Ke Berfikir Positif?


Salah satu soalan yang kerap muncul dalam kepala otak aku adalah soalan di atas. Pening jugak kalau kerap berfikir. Okay, berfikir positif itu adalah perkara yang bagus sebenarnya tapi mampukah kita sebagai manusia biasa yang ada banyak masalah tak tertanggung nak sentiasa berfikiran positif.

Jawapannya adalah BOLEH kalau kena dengan caranya. Aku pun kadang-kadang meroyan jua di Twitterku itu tapi nak buat macam mana kan. Situ jelah tempat sesuai untuk melepaskan kegeraman. Mungkin terganggu teman-teman lain tapi aku dah bagitau terang-terang, kalau rasa annoyed dengan tweet-tweet aku, klik sahaja butang UNFOLLOW yang disediakan.

Okay, berbalik kepada tajuk kita di atas. Ada beberapa teman-teman rapat aku yang mampu berjuang bagi menegakkan positiviti dalam diri masing-masing. Mungkin ada sebab mereka boleh berjaya contohnya, keyakinan diri, kepercayaan kepada diri sendiri, dan juga tidak mempunyai masalah yang sangat banyak.

Untuk orang-orang macam aku, apa kata kita mulakan sesi berfikiran positif. Cewah! Walhal aku sendiri pun banyak aura negatif. Haha. Jom listkan apa yang patut dibuat.

  1. Sentiasa berfikiran terbuka dan terima kritikan secara positif. Serap kritikan yang dilemparkan kepada anda dengan sempurna, proses dalam otak sepantas mungkin, dan jadikannya sebagai motivasi.
  2. Elak bertemu dengan kaki condemn. Banyak tau mereka yang sebegini, jadi apa kata elakkan berjumpa mereka. Kalau jumpa, borak 4 saat, then berambus.
  3. Yakin dengan diri sendiri. Sentiasa berfikir, "Kalau aku kekurangan, masih ramai lagi yang lagi yang lebih kurang daripada aku!" dan itu pastinya mampu membuatkan anda rasa yakin dengan diri sendiri.
  4. Hadapi masalah dengan nafas panjang dan senyuman. Macam tadi, sejurus sebelum aku taip posting ni, aku baru sahaja setelkan tayar kereta yang tertikam dengan skru. Dalam hati berkata "hanjeng!" tapi di muka masih mampu tersenyum. Sesaat kemudian, aku fikir balik betul-betul, "Alah, nak kena tukar tayar je kot. Apa dehal?" dan itu buat aku senyum.
  5. Kalau tertekan, cari hobi yang boleh redakan. Mungkin akan ramai yang kata, "pergi ambil wudhuk, solat." Itu benar. Tapi solat aku ni, aku tak berani gerenti khusyuk bila tengah marah. Mungkin orang lain, lain kesnya. So lepas solat, apa kata buat benda yang anda suka seperti berbloging, karaoke, memasak, ataupun nak lebih sihat, pergi berjoging atau workout.
  6. Cari quotes yang boleh menjadi motivasi buat diri. Setiap hari, baca benda-benda ni sebab at least boleh menaikkan semangat pada diri sendiri untuk terus bekerja keras melayari hari-hari mendatang dengan lebih positif.
Itu sahaja lah antara yang dapat aku kongsikan. Kalau korang tertekan dan sentiasa berasa diri negatif, korang fikir balik kemampuan dan kelebihan korang yang mungkin orang lain tak ada. Setidak-tidaknya anda lebih unik dan special.

So, renung-renungkanlah okay. Sama-sama kita menjadi orang yang positif. :)

Thursday, January 31, 2013

Bulan Pertama, Pengajaran Pertama

Belum habis Januari lagi, macam-macam benda aku dah lalui dan belajar. Hari ni dah masuk hari ke-31 dalam Januari 2013. So that means hari terakhir dalam bulan ni. Esok dah melangkah ke Februari. Nak tau apa yang aku dapat belajar? Teruskan membaca.

Bulan Januari selalunya kita akan berharap agar berlakunya perkara-perkara positif tapi kadangkala kita sendiri sebagai manusia tidak boleh nak elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Semuanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya mampu mengikut jalan cerita yang telah tertulis.

Allah tak akan bagi ujian dan cabaran kepada hambaNya kalau kita tak kuat. Dia Maha Mengetahui dan kalau dia bagi ujian, ertinya dia sedang memerhatikan kita, sedang memberi kesedaran kita, dan nak tengok sama ada kita seorang yang tabah atau tak.

Bulan ni, beberapa kali aku terkena. Main keyword adalah, 'tipu'. Banyak maksud yang boleh diajukan bila aku sebut sahaja satu perkataan tu tapi bagi aku, 'tipu' yang aku terkena kali ini adalah lebih kepada perasaan.

Mungkin telah tercatat juga bahawa aku sememangnya akan terkena. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku ada kekurangan. Akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari. Apa yang aku boleh buat cuma bersabar, bersabar, dan bersabar. Tenangkan jiwa. Allah takkan uji orang yang lemah. Itu selalu jadi penguat untuk aku.

Okay, untuk kali ini apa kata aku kongsi tips elak ditipu, dipermain, dan diperbodohkan. Nak? Haha.


  1. Jangan termakan kata-kata manis pada awal kisah contohnya dalam percintaan. Kata-kata manis sentiasa wujud terutamanya dari Si Mulut Manis.
  2. Kerasakan hati, jiwa, dan minda. Jangan mudah terpengaruh.
  3. Cuba selami jiwa seseorang sebelum membuat keputusan dan memberikan hati.
  4. Selidik gaya hidupnya dan ini adalah bonus sekiranya anda seorang wartawan. Haha.
  5. Kenalpasti trend penipuan yang digunakan pada hari ini.
  6. Si penipu selalunya akan pandai untuk twist fakta, dan buatkan rasa bersalah dihadapkan ke muka anda.
  7. Pujukan adalah maha hebat buat si penipu, jadi jangan cepat cair.
  8. Elak bina semula kepercayaan selepas ditipu kerana si penipu tidak akan menipu hanya sekali.


Agak emosi ye. Haha. Tapi fakta dan tips di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih. :)tip