Showing posts with label nyanyi. Show all posts
Showing posts with label nyanyi. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Mau Tambah Bakat!

Hola! Bakat.. Bila sebut pasal bakat, apa bakat yang korang ada? Korang ada bakat apa? Apa korang punya bakat? Afil, nak kena sepak? Hahahaha.. Ok2.. Shhh... Shhh... Cerita sikit bakat apa yang korang ada.. Basically bakat is a gift yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya.. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bersukan, ada yang boleh menari.. Tapi untuk aku, bakat yang dikurniakan oleh-Nya adalah... Aku boleh menyanyi.. Boleh ke? Hahaha.. Aku pun tak tahu.. Tu apa yang kawan2 aku cakap la..

Aku akui.. Tubuhku melunglai.. Sempatku... erk! Dah macam lagu la pulak.. Ok, aku akui yang aku memang suka menyanyi.. Aku sangat cintakan muzik.. Aku kalau boleh nak nyanyi all the time dan jadikan dunia ni ala2 Glee (pengsan!).. Tapi tu semua dalam kotak peti televisyen saja lah kan... Takkan terwujud di alam nyata.. Antara gambar2 aku time nyanyi adalah macam yang kat bawah ni.. Jangan gelak! HAHAHAHA..



So Alhamdulillah lah sebab Allah kurniakan satu bakat kepada aku.. Syukur.. So sekarang mcm manusia lain yang tak pernah puas, aku nak belajar dan tambah lagi satu bakat.. Aku nak bermain muzik.. Jeng jeng jeng!

Kalau setakat menyanyi, bagi aku semua orang boleh menyanyi.. Yang bunyi sumbang tu cuma bila menyanyi tak kena gaya dan teknik.. Lidah salah letak, so bunyi lain la.. Tapi bagi aku semua manusia di dunia ni boleh menyanyi.. Sebab tu aku nak menyanyi dan main alat muzik.. So, aku ada lagi satu bakat.. Aku dah beli sebijik gitar.. Tak mahal sangat.. Tak murah sangat.. So untuk permulaan, aku beli si putih ni untuk train diri sendiri main gitar..


So sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh camne nak gunakan si putih ni.. Dan aku nak menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanahair.. Erk! Mampu? Hahahaha.. Doakanlah ye kawan2.. :)

Tuesday, October 18, 2011

Gagasan 1Malaysia Jadi Depan Aku!

Hello!



Ok, posting kali ni nak berkongsi pasal Gagasan 1Malaysia yang mana merupakan satu konsep baru dari PM kita YAB Datuk Seri Najib Razak..

i punya ok!



Sebelum ni, semangat 1Malaysia ni aku takde la nak kata minat sangat..
Just tau dan ambik tau sikit2 camtu je la..
Then, semalam aku pergi makan kat Bangsar..
Dengan cari tempat makan tak jumpa, lepas tu pusing dekat sejam baru jumpa..
Nak makan jugak kat situ sebab makanan dia sedap dan murah nak mamps!!!
Hehehe..
Korang kena pegi try makan kat situ..
Ok, nak dijadikan cerita, masa turun dari kereta, aku tekan lock kat pintu dan tertinggal kunci di dalam kereta..

argh! tertinggal!


Tahniah!
Seronok dapat tengok kunci terkontang-kanting macam konek lembik!
HAHAHAHA!
Then dengan gigihnya, aku mintak tolong makcik kat kedai makan tu..
Tapi dia takde pembaris nak tolong aku..



So aku request mintak macam2 dari pembaris sampai pisau panjang, malangnya, NON HADO!
Takpe la..
Makcik tu pun memang banyak membantu..
Thanks makcik!
Lepas tu aku jalan2 melihat persekitaran kereta aku kot2 terjumpa besi ke, kayu ke..
Then, lalu depan kedai makan cina..
Ada apek dengan auntie ni tengah gigih nak tutup kedai..
Then diorang tanya kenapa???
Aku cakap, kunci kereta tertinggal dalam kereta..
Aku tanya kot2 apek ada pembaris ke, apa ke..
Dia takde..
Tiba2 auntie tu masuk dalam kedai, buat panggilan..
Aku pun nervous la, takot dia call polis buat report aku nak rompak kedai dia..
Rupanya dia call tukang kunci kawan dia..
Mujur uncle tukang kunci ada kat area situ..
Semalam baru terasa semangat 1Malaysia ni bagi aku yang 2% racist ni..
Now, tak racist dah!
Hahaha..

Kbye!

Thursday, September 8, 2011

Vokal - Bukan Sekadar Rupa

Tajuk pun dah boleh agak dah posting ni pasal apa..
Pasal vokal - bukan sekadar rupa lah..
Hahahaha..
Sebenarnya ni adalah rancangan realiti TV terbaru dari stesen televisyen terkenal TV3..
Antara yang muncul dalam promo adalah seperti Black, dan Kak Erra..

 Muka aku buruk tapi ada bakat!


Ok, basically konsep rancangan ni still sama macam rancangan realiti yang mempertandingkan bakat nyanyian yang dah sedia ada..
Tapi uniknya rancangan ni adalah, ianya tidak memerlukan pakej..
Macam yang kita tau, kebanyakkan artis2 yang ada pun cuma berbekalkan pakej..
Muka cantik macam bunga matahari, suara bila nyanyi mengalahkan suara lembu mengawan..

Aiyak!

Hancur!
So dengan adanya rancangan macam ni, akan dapat memeriahkan lagi industri muzik tanahair yang dah sedia meriah ni..
:)