Showing posts with label jefri. Show all posts
Showing posts with label jefri. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Mau Tambah Bakat!

Hola! Bakat.. Bila sebut pasal bakat, apa bakat yang korang ada? Korang ada bakat apa? Apa korang punya bakat? Afil, nak kena sepak? Hahahaha.. Ok2.. Shhh... Shhh... Cerita sikit bakat apa yang korang ada.. Basically bakat is a gift yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya.. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bersukan, ada yang boleh menari.. Tapi untuk aku, bakat yang dikurniakan oleh-Nya adalah... Aku boleh menyanyi.. Boleh ke? Hahaha.. Aku pun tak tahu.. Tu apa yang kawan2 aku cakap la..

Aku akui.. Tubuhku melunglai.. Sempatku... erk! Dah macam lagu la pulak.. Ok, aku akui yang aku memang suka menyanyi.. Aku sangat cintakan muzik.. Aku kalau boleh nak nyanyi all the time dan jadikan dunia ni ala2 Glee (pengsan!).. Tapi tu semua dalam kotak peti televisyen saja lah kan... Takkan terwujud di alam nyata.. Antara gambar2 aku time nyanyi adalah macam yang kat bawah ni.. Jangan gelak! HAHAHAHA..



So Alhamdulillah lah sebab Allah kurniakan satu bakat kepada aku.. Syukur.. So sekarang mcm manusia lain yang tak pernah puas, aku nak belajar dan tambah lagi satu bakat.. Aku nak bermain muzik.. Jeng jeng jeng!

Kalau setakat menyanyi, bagi aku semua orang boleh menyanyi.. Yang bunyi sumbang tu cuma bila menyanyi tak kena gaya dan teknik.. Lidah salah letak, so bunyi lain la.. Tapi bagi aku semua manusia di dunia ni boleh menyanyi.. Sebab tu aku nak menyanyi dan main alat muzik.. So, aku ada lagi satu bakat.. Aku dah beli sebijik gitar.. Tak mahal sangat.. Tak murah sangat.. So untuk permulaan, aku beli si putih ni untuk train diri sendiri main gitar..


So sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh camne nak gunakan si putih ni.. Dan aku nak menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanahair.. Erk! Mampu? Hahahaha.. Doakanlah ye kawan2.. :)

Sunday, December 4, 2011

Senarai Lagu ke Peringkat Akhir Muzik-Muzik

Jumaat lepas merupakan separuh akhir terakhir dan daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan, 12 buah lagu telah tercalon untuk ke peringkat akhir..
Tahniah diucapkan kepada semua yang lepas ke peringkat akhir..
Kepada yang tidak layak, cuba lagi tahun hadapan..

12 buah lagu tersebut adalah:

1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet) 

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)


Saingan sengit kan antara lagu-lagu ni?
Tapi macam biasa, hanya yang terbaik akan dinobatkan sebagai juara, Juara Lagu..
Tak sabar nak tunggu final yang dengar cerita akan berlangsung pada 29 Januari 2012..
Ok, dah2..!
Hahaha..
Favourite aku is.....
Tadaaaaaaaaaaa!

Layan video kat bawah ni ok.. :)

Sunday, November 27, 2011

Officially 23 years old!



Hola!
Happy birthday to myself!
Hahaha..
Today I'm officially 23 years old!
Dah besar..
So semalam dah celebrate pre-celebration..
Semalam memang special gile..
Today celebrate with friends..
Tapi tak tau nak buat apa lagi..
Ingat nak lepak karaoke..
So, siapa2 nak join, mari2..
HAHAHA..
Macam ada orang baca je la blog aku ni kan?
Hahaha..
Bye..
:)

Monday, September 19, 2011