Monday, April 28, 2014
Destinasi Bajet Musim ke-4 Papar Lebih Banyak Idea
Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.
Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama Destinasi Bajet tetap utuh dengan memberikan pelbagai tips tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan. Rancangan log pengembaraan setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga - Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi – bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara. Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.
“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.
Saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta siaran ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.
Sunday, July 7, 2013
Spending Weekend Wisely
Hai! Lagi beberapa minit dah nak masuk Isnin semula. Sekejap je masa berlalu dan dengan itu juga bermakna, weekend akan tamat.
Apa aku nak kongsi, weekend ni aku puas hati sebab dapat spend dengan bagusnya. Dah beberapa minggu weekend aku adalah weekend bekerja. Minggu ni aku dapat lepak dan spend time dengan adik aku and lepak rumah family angkat.
At least ada juga benda berguna untuk weekend ni. Dalam sibuk-sibuk bekerja kadang-kadang kita terlupa yang kita ada keluarga untuk kita raikan.
Minggu ni juga aku beberapa kali dengar suara mak melalui telefon. Rasa senang hati sikit sebab bila dengar suara mak, gelak mak, semua masalah macam dah berambus.
Esok pagi akan mula bekerja semula seperti biasa. Isnin la katakan. Dan Isnin aku esok akan bermula dengan photo shoot raya dengan tiga buah family artis. Tak tahu la macam mana. Harap semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Okay la. Ni ada few pics untuk tatapan kalian. Gambar aku melepak dengan adik aku dan boyfriend dia.
