Monday, April 28, 2014

Destinasi Bajet Musim ke-4 Papar Lebih Banyak Idea

Rehat, rawat dan rileks! Itu antara kebanyakan idea percutian pendek buat mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk. Percutian juga mampu memberikan anda idea-idea baru selain mengurangkan tekanan dari tempat kerja. Namun halangan utama di dalam menunaikan impian percutian anda pastinya dalam menentukan bajet mengikut kemampuan sendiri.

Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.

Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama Destinasi Bajet tetap utuh dengan memberikan pelbagai tips tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan. Rancangan log pengembaraan setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga - Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi – bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara. Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.

“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta siaran ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.






3 comments:

junaidi diana said...

cobalah untuk bermain dominoqq karena sudah di percayai oleh para player lebih terpercata kemenangannya. sebab itulah kita rekomendasikan agen poker paling terpercaya

Osman Ibrahim said...

Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails housingfinance247@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM
Full Name.............
Sex.....................
Age......................
Phone Number......
Country..................
Amount Needed .....
Loan Duration.........
Monthly Income........
Hope to hear from you soon.
Best Regards.
Cell No +919205467093
Mr. Osman Ibrahim
housingfinance247@gmail.com

thanida said...

Thanks for sharing this useful information with us.Really like all the info and tips you share,Cheers from thailand
แทงบอล