Friday, April 25, 2014
Dokumentari Alam Sekitar Majalah 3 Menang Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas
Sejak mula bersiaran pada tahun 1985 di TV3, siri dokumentari majalah Majalah 3 masih mengekalkan kedudukannya dalam senarai program-program dengan jumlah penonton tertinggi di Malaysia. Rancangan berbentuk dokumentari majalah ini mengupaskan lebih lanjut kisah-kisah unik yang belum pernah dipaparkan bukan sahaja mengenai suatu yang mendapat perhatian umum malah perkara-perkara yang sering dipinggirkan oleh masyarakat di dalam dan luar negara.
Penyelamat Khazanah Sabah mengikuti penerokaan Irin Putri Azmi di Sabah bersama Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) untuk menyaksikan usaha penempatan semula hidupan liar yang telah kehilangan habitat mereka akibat pemodenan. Dokumentari tersebut dipilih oleh juri berdasarkan penyampaiannya yang sarat dengan maklumat beserta rakaman-rakaman visual yang amat berkualiti.
Dokumentari-dokumentari terbitan Primeworks menduduki ketiga-tiga slot pencalonan ‘Top 3’ untuk anugerah Dokumentari Video Terbaik. The Breakfast Show: Hope Amidst the Rubble (ntv7) menyingkap perjuangan dan penderitaan yang dilalui oleh penduduk-penduduk Gaza manakala program wanita Nona: Kasihku di Bumi Gaza (TV3) menceritakan tentang ketabahan wanita-wanita Palestin dalam menangani kesan-kesan buruk peperangan.
“Kami amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang amat berprestij dalam industri Kewartawanan Malaysia ini. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Majalah 3 telah memenangi anugerah ini. Tahun lepas, Majalah 3: Badang Kinabalu oleh Za'im Helmi Zainal juga telah dinobatkan sebagai Dokumentari Video Terbaik. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysian Press Institute di atas penghargaan yang telah diberi kepada program-program kami. Kemenangan anugerah ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha menghasilkan laporan-laporan yang lebih berkesan dan menarik, "Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV, Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios berkata.
Dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) sejak tahun 1980, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas adalah sebuah inisiatif bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi-organisasi dan individu-individu tersohor dalam industri kewartawanan Malaysia. Majlis tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tetamu kehormat.
Friday, April 4, 2014
Jakarta Kota Indah
Sebelum ni, nama-nama besar ni cuma aku pernah dengar lagu-lagu mereka so this time, peluang aku untuk berbual dan berborak. Memang best. Kehidupan warga kota Jakarta nampak gayanya tak banyak beza berbanding kita di Malaysia tapi apa yang best adalah, berlambak-lambak shopping mall yang saiznya berkali ganda daripada Pavilion tuh.
Makanan dia boleh tahan murah. Barang-barang jualan pun sangat murah. Kami tak sempat nak shopping sakan tapi berjalan dalam ITC Kuningan tu pun buat aku letih. Terlalu banyak barang dengan harga best sampai tak tahu nak beli apa. Makanan dia pulak dah la murah, sedap-sedap pulak tu. Rasanya kalau aku menetap terus di sana, memang badan aku 10x ganda membesar daripada sekarang. Haha.
Anyway, tiga hari di sana memang tak cukup. Kepada yang berkesempatan untuk ke Jakarta, Kota Pak Jokowi tu, jangan lepaskan peluang tu sebab sangat best. Ingat tu tau. Di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat upload.
Wednesday, March 19, 2014
Niat Baik Nak Membantu Disangka Over?
Lama tak post kat blog ni. Tak sempat lah katakan. Okaylah. Hari ni nak post lagi satu benda. Anyway, siang tadi ada benda baru aku belajar. Nak tahu apa? Teruskan membaca.
Tak boleh lah kalau aku tulis yang tersurat kat sini sebab aku kena juga jaga hati beberapa pihak. Aku tulis secara tersirat je la. Kalau ada yang faham, faham lah. Kalau tak, nak buat macam mana kan.
Anyway, tak semua benda yang kita rasa 'niat baik nak membantu' akan diterima oleh orang lain secara terbuka dan positif. Ada sesetengah manusia ni tak boleh menerima 'niat baik nak membantu' kita tu dan menganggap itu adalah over.
Salah satunya adalah apabila kita disuruh buat benda yang kita tidak rancang, dan dapat buat dalam sekelip mata. In other words, terpaksa buat sebab disuruh dan menganggap itu sebagai 'niat baik nak membantu'.
Walaubagaimanapun, ada pula mereka yang menganggap 'niat baik nak membantu' yang kita dah buat tu sebagai over. Aku tak tahulah sama ada over tu dari segi perilaku aku yang over (sebab nak hidupkan suasana dan aktiviti ketika itu) dan mungkin over yang dimaksudkan adalah 'overshadow' orang lain.
Kalau cakap terus, tak sedap hati ye sebab ini melibatkan banyak pihak. Jadi, aku taburkan di sini sahaja lah. Ada beberapa benda hendak aku bentangkan selebar-lebarnya di sini.
1. Aku disuruh melakukan sesuatu perkara itu atas dasar tanpa sebarang perancangan dan aku pun melakukannya dengan rela hati, sekaligus dalam hati dan niat aku sumpah dengan nama Allah SWT, 'niat baik nak membantu'.
2. Aku tak ada niat langsung nak over atau apa-apa yang mungkin bagi sesetengah nampak too much or anything. Dalam hati aku, cuma melakukan kerja itu dengan ikhlas dan ingin membantu disebabkan khidmat aku diperlukan.
So lepas ni, rasanya malas dah la kot nak 'niat baik nak membantu' sebab aku takut orang salah faham dan anggap niat aku sebab macam tak perlu dah kot. Bukan merajuk atau apa tapi rasanya macam penat bila 'niat baik nak membantu' disangka lain dan dianggap over.
Anyway, tu sahaja untuk malam ni. Hehe. Now, sejuk sikit perut bila dapat lepas geram di sini. Terima kasih. Hehehe.
Monday, January 6, 2014
Benda Pelik Ciptaan Jepun
Wednesday, December 25, 2013
Merry Christmas!
Merry Christmas to all my Christian friends. Harap kalian enjoy Krismas tahun ini. Takde hadiah untuk diletakkan di bawah pokok Krismas mahupun stokin anda, tapi layankan aje video ni. Harap dapat buat semua tersenyum. :D
p/s: Jangan hentam tau. Saya hidup di negara bebilang kaum, bangsa dan agama.
Tuesday, December 24, 2013
Kalimah Jiwa: Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta
Setelah slot Azalea direhatkan buat seketika waktu, kini slot popular ini kembali dengan menampilkan sebuah drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa” mulai 1 Januari 2014. Drama ini yang akan membuka tirai slot Azalea bagi tahun 2014 bakal dibintangi oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Mohd Fadli manakala skripnya ditulis oleh Erma Fatima.
“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.
Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.
Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.
Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.
Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.
Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian, Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.
Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.
Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?
Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Kalimah Jiwa, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
| Amar Baharin |
| Amyra Rosli |
| Raja Ilya |
| Nazim Othman |
| Nabilla Dally |
Percutian Hujung Tahun

Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.
Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.
Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:
- Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
- Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
- Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan.
- Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu.
- Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
- Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah.
- Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi.
- Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
- Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang.
- Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong.

+with+Cinematographer+Jebat+M+Roseli+(R).jpeg)























