Wednesday, December 28, 2011

Senarai Nama Mentor untuk Mentor Musim ke-6 di TV3

Hola!
Ok senarai nama mentor dah keluar!
Woah..
Mantap2 ye..
Tok Ti takde..
Cuma khabar angin..
Senarai adalah seperti di bawah:

Ella, Ramlah Ram, Ogy, Faizal Tahir, Ferhad, dan Adam..

So kepada yang nak cuba nasib boleh try la..
Tarikh ujibakat belum confirm..
Nanti aku update lagi..

:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 18, 2011

Ariff Alfian Rosli??

Hola!
Kalau korang ingat dua tiga hari lepas ada keluar story pasal Ariff Alfian Rosli..
Secara, seluruh negara dikejutkan dengan berita budak ni..
Dulu dia pernah 'lenyap' and parents buat report..
And now dia muncul kembali with new thing which can't be accepted..
Terkedu Malaysians tengok gambar2 yang tersiar..
Mulut2 mula berkata-kata..
Dari yang penuh ilmu agama, sampailah yang munafik tapi ingin berkata-kata..
Urm..
Aku pun tak pandai sangat bab agama, tak penuh di dada lagi, masih perlu banyak belajar dan aku tak lah sampai tahap bodoh sangat pasal agama..
At least aku tau jugak sikit2 walaupun hanya umpama sebutir debu halus di pantai luas..
Untuk kes Ariff ni, dia memang bersalah lah..
Obviously!
Tapi kenapa ramai nak hentam parents dia?
Parents dia tak bersalah bagi aku sebab diorang tak mintak dia berkahwin dengan mat saleh tu..
Diorang tak suruh dia comolot and ambik gambar macam tu..
Urm..
Benda yang dia buat memang salah..
Menyalahi hukum agama tentunya..
Memang ramai golongan2 macam ni kat Malaysia..
Bukan hari ni je..
Dari dulu lagi kan..
Aku rasa tak perlu aku nak bercerita kot, sebab korang mesti lagi arif pasal benda ni..
Tapi nak jadi macam tu pun, kena beringat yang agama kita is Islam dan parents dan keluarga adalah orang Melayu..
Tak perlu lah kot sampai tahap nak berkahwin, dan dalam GEREJA!
Urm..
Emo sekejap..
Tapi aku siapa je nak cakap banyak..
Bukan siapa2 pun..
Sekadar menjadi mata telinga dan salah salah seorang yang ingin berkata-kata menghujahkan apa yang aku rasa..
If boleh terima, alhamdulillah..
Ni perndapat aku..
Nite..

Wednesday, December 14, 2011

Bila Orang Bercakap Pasal Kita

Hola!
Bila orang bercakap-cakap pasal kita, banyak erti sebenarnya..
Ada banyak sebab bila orang bercakap pasal kita..
Salah satu sebab paling utama, berbalik kepada diri kita sendiri jugakla..
Tengok balik ke dalam diri sendiri, sama ada kita ni ada positif dan apa perkara negatif yang ada dalam diri kita..
Kalau ada cermin, tengok dalam cermin tu..
Kalau ada jerawat, jangalah picit!
Hahaha..
Ok, ehem2..
Tu first thing lah sebab kita kena faham diri kita dulu..
At least sebelum nak menuding jari kepada sesiapa, kita nampak apa yang betul dan apa yang tak betul dalam diri kita..
Then, kita tengok dari sudut orang lain pulak..
Ada orang yang sensitif, dan ada yang tak sensitif..
Ada yang suka kita, dan ada yang membenci..
Kita tak boleh nak anggap semua orang sukakan kita dan semua orang sayangkan kita..
Sebab tak semua manusia itu, PERFECT..
Dalam bahasa Melayunya, SEMPURNA..
Ok, and then kita teruskan ke point ketiga..
Orang selalu bercakap pasal kita mungkin disebabkan orang concern dan ambik berat pasal kita..
Diorang taknak kita jadi lagi teruk..
Taknak kita terabai sebab tu diorang bercakap pasal kita dan berharap kita akan berubah..
Tapi macam yang aku cakap tadi, tiada manusia yang bisa sempurna..
Kita bukan Nabi..
Ok, last one is my favourite..
Hahaha..
Orang bercakap pasal kita mungkin disebabkan..
 
...
 
...
 
...
 
JEALOUSY!
Hahahaha..
Kadang-kadang ada orang jealous and cemburu dengan kita..
Banyak segi boleh buat orang cemburu contohnya, kejayaan kita, fizikal kita, dan kadang-kadang kalau kita baik sangat pun orang akan mudah cemburu dengan kita..
Point keempat ini sesuai digunakan kalau kita asyik rasa rendah diri..
Mungkin self-esteem kita kurang, siapa tahu..
So dengan adanya point keempat ni, kita anggap je orang bercakap-cakap pasal kita disebabkan diorang cemburu dengan kita..
Cemburu dalam semua perkara..
Tipulah kalau anda cakap, anda tak pernah bercakap-cakap pasal orang,..
Lainlah kalau anda bisu..
Betul tak?
Ok mulai hari ni, abaikan apa yang orang cakap pasal korang and try tak bercakap pasal kita..
Sesungguhnya, orang Islam tak patut percaya KARMA tapi percayalah pada Qada dan Qadar..
So, kalau kita sendiri tak boleh stop bercakap pasal orang, orang takkan berhenti bercakap pasal kita..
And kalau anda nak orang bercakap pasal anda, teruskanlah bercakap pasal orang..
Tapi bila orang bercakap pasal anda, jangan melenting pulak..
Eh, apa aku dah melalut ni..
Ok la..
Korang masing2 dah besar kan..?
Aku tau ramai je bercakap-cakap pasal aku..
Tapi pergi mamp la kan..
Sebab aku pun bercakap pasal orang..
Orang boleh buat 3 kilo kat aku, aku boleh buat 9 kilo kat kau..
Ego aku tinggi..
So, don't mess with me..
Kepada anjing-anjing yang bermulut barua, jaga mulut atau korang takkan boleh bercakap sampai bila2 lagi..
HAHAHAHAHA!
Bye.. :)

Selebriti dan Kereta?

Hola!
Aku terbaca pasal selebriti dan kereta yang sesuai untuk dorang kat BeautifulNara..
Sememangnya abang Nara banyak ideanya..
Ok, aku nak letak jugaklah salah seorang selebriti yang kena dengan kereta ni..
Selebriti yang aku nak nyatakan kat sini, bukan Malaysian tapi tengah hot sekarang menerusi drama-drama and filem Melayu!



Siapa lagi kalau tak lain tak bukan, Abang Aaron kita..
Bukan Abang Harun Majalah PC tu tau..
Abang Aaron Aziz yang bakal menjadi cover majalah Maskulin tu..
Tetttt!
Ok, cadangan kereta yang sesuai dengan dia adalah...........
Range Rover Evoque baru ni!




Aku pergi ke majlis pelancarannya dan kereta ni sangat mewah lah..
Harga tak payah nak cerita la kan..
Hampir RM400K..
And teknologi dia sangat tinggi la..
Menggabungkan ciri-ciri kereta bandar dan lasak..
Kenapa sesuai dengan Aaron?
Sebab bagi aku, Aaron adalah lambang jejaka hebat hari ini..


Aaron menampakkan dirinya sebagai seorang yang kuat..
So seiring dengan ciri-ciri kereta ni yang kukuh..
Selain dari itu, Aaron sangat handsome..
So, kenalah dengan ciri-ciri Evoque yang handsome dan bak kata orang, ELOK lah..
Hahaha..
So, apa pandangan korang?
Nantikan entry seterusnya ok..
:)

Monday, December 12, 2011

Jessie J + Tanda Harga + Cacing?

HAHAHAHAHAHA!!
Aku gelak macam nak gila..
Pecah perut tergolek2 atas katil sorang2 tadi..
Hahahahahaha..
Part favorite aku, CACING CACING!!
Nah, korang layan and gelak puas2..
Hilang stress kejap..

Movie Review - The Muppets

Hola!
Semalam aku pergi menonton filem ni..
The Muppets!



Comel sangat ok..
Kecik2 dulu, mesti korang pernah tengok Mr Kermit, Miss Piggy dan kawan2 kan..
Time aku kecik2, depan tv la tempat aku kalau ada citer2 macam Sesame Street ni..
Dari sini aku belajar macam2..
And semalam, aku tengok The Muppets and reminds me kat zaman kecik2..
Mengisahkan Walter, yang ke Hollywood dengan abang dia, Gary..
Diorang ke Hollywood sebab Gary nak celebrate ulangtahun percintaan dengan Mary and dorang pergi ke The Muppets Studio yang dah tutup..
Secara tak sengaja, Walter terdengar perbualan antara pemilik studio dengan saudagar minyak, Tex Richman yang nak ambik studio tu dan nak runtuhkan sebab nak gali minyak kat bawah tanah..
Sadis..
So Walter dengan Gary and Mary bertungkus lumus mencari Mr Kermit dan membantu untuk menelamatkan Muppets Studio tu..
Dalam proses menyelamatkan tu, macam2 perkara berlaku..
Ada yang happy, kelakar, adventure, sedih, dan buat kita sebak..
Woah..
Memang aku kasi 4.9 bintang!
Korang kena tengok sendiri and feel the movie..
Sangat best..
Bawah ni ada trailer dia..

Sunday, December 11, 2011

Perkara Tak Dijangka Berlaku dalam Rancangan Siaran Langsung!

Hahahahaha!
Ini aku tengok mula2 jenuh jugak mencari apa yang masalahnya..
Dah tgk kali kedua, ok dah dapat..
Cuba korang tengok betul2, apa yang jadi..
Klu dia - Dua bijik, apam..
Hahahahaha..