Showing posts with label night. Show all posts
Showing posts with label night. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Ballad Kings Album + RM1,000

Hola! Tadi siang aku berkesempatan ke majlis pelancaran album Ballad Kings, kombinasi lagu2 balada dendangan hebat dari Air Supply and Michael Learns To Rock.. Nice songs semuanya.. Dah berada di pasaran dan anda boleh dapatkan dengan segera..


Pada masa yang sama, telah diadakan pertandingan karaoke untuk media.. So media kena pick song dari list lagu yang ada dalam album tu.. Memang tak familiar sangat cuma yang aku familiar adalah Without You sebab Mariah Carey perform lagu tu jugak cuma this time arrangement music kena ikot Air Supply..


Hadiah yang ditawarkan pun agak menarik.. Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM1,000, tempat kedua RM800, dan tempat ketiga RM500 manakala 5 pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai bernilai RM300 + baucar Redbox bernilai RM100..


Gila kan? Hahaha.. Alhamdulillah lepas melalak, aku berjaya mengalahkan 11 peserta lain dan wang RM1,000 tu jadi milik aku.. Hahahaha.. Tapi tak dapat lagi sebab cek tu nanti baru dorang kasi.. Penat tapi berbaloi.. Thanks to Pjoe sebab pegi dengan aku..

Thanks jugak kepada Redbox + Sony Music + Warner Music sebab buat event best camni.. Hehehe.. Next time buatlah lagi.. Mana tau rezeki, boleh join lagi.. Heheheh..

Thursday, November 10, 2011

Movie Review - Shark Night

Holla people!
Selamat pagi dunia!
Ok, today nak review movie yang ditonton semalam - Shark Night!
Sebelum tengok aku dah dapat macam2 respon dari kawan2...
Ada yang cakap ok, ada yang cakap tak ok..
Macam aku cakap, best ke tak tu subjektif..
Bergantung kepada individu..
Cewah!
Hahaha..
Lepas tengok semalam, not bad jugaklah cerita ni..
Mengisahkah 6 orang budak2 kolej..
Bercuti di rumah agam salah sorang dari diorang ni, Sara..
Rumah ni kat tengah2 tasik..
Memang best la..
Cerita mula dengan Malik yang kena sesah dulu dengan ikan tu..
Memang sedikit ngeri sebab dia selamat tapi tangan non hado dah..
Putus!
Hehe..
Urm, then awek dia kena baham masa diorang otw nak gi hospital..
Macam2 jadi..
Rupanya ni keja jahat Dennis, ex bf si Sara..
Dia ni psycho..
Urm nak tau selebihnya kena la tengok sendiri..
Hehehe..
Overall, jalan cerita dia ok.. 
Tak bosan la bagi aku sebab aku tak tertido langsung!
And yang bodohnya is, ada ke jerung kat TASIK AIR TAWAR?!!!
Ok, korang kena tengok la..
Chow!
:)

Sunday, September 18, 2011

Movie Review - Fright Night

Untuk Movie Review kali ni, Fright Night menjadi pilihan..

Fright Night


Mungkin ramai dah tonton kan?
So amacam?
Ok ke tak?
Basically filem ni adalah filem remake yang sebelum ni dibintangi oleh William Ragsdale yang memegang watak utama sebagai Charley Brewster..
Tu cerita masa tahun 1985..

Fright Night 1985


Aku pun belum ada lagi time ni..
So untuk the new Fright Night, pelakon utama yang memegang watak Charley Brewster dipegang oleh Anton Yelchin..
Filem ini mengisahkan Charley seorang pelajar high school yang agak popular sebab dia ada awek cun bernama Amy..



Charley tinggal bersama mama dia yang merupakan seorang ibu tunggal..
Nak dijadikan cerita satu hari, mama dia berkenalan dengan seorang jiran diorang yang baru berpindah masuk ke kawasan penempatan mereka iaitu Jerry, lakonan Collin Farrel..



Mama dia tak tau yang Jerry ni seorang vampire..!
Cerita bermula masa Ed kehilangan kawan baiknya, Ed..
Mula2 dia tak kisah, then dia mula rasa pelik dan something..
So korek punya korek, dia dapat tahu yang Jerry ni seorang vampire dan dia kena berusaha untuk menyelamatkan mama dia dan awek cunnya...!
Memang best la and full with action..
Korang memang patut tengok cerita ni..
Sedikit merepek tetapi fun..
Compare dengan old one, agak ada sedikit perbezaan la..
Yang old one lagi merepek kalau nak diikutkan..
Siap ada dengan serigala jadian, Dracula keluar dari coffin, Frankenstien pun ada!
Hahahaha..
So aku letakkan 4 bintang untuk filem ini!
Kat bawah ni aku letakkan trailer untuk filem Fright Night 1985..
Layan..
:)