Showing posts with label karangkraf. Show all posts
Showing posts with label karangkraf. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Anuar Zain Hiasi MASKULIN Isu Februari 2013

Anuar Zain? Yeap! Untuk isu Februari akan datang, Anuar Zain adalah penghias muka hadapan. Kenapa? Sebab dia still punya aura tersendiri walaupun usia telah menjangkau ke 40-an and pada masa yang sama menjadi artis idola aku dari kecil sampai sekarang. Haha.

Sehubungan dengan itu juga (muntah ayat skema!), dengan munculnya Abang Nuar di muka hadapan MASKULIN, sekaligus mempromosikan konsert 3 dekadnya pada bulan Februari.


Dapatkan isu Februari dengan kadar segera k. Rasanya dah ada kot di kedai2 berhampiran anda. Sekian. :)

Thursday, December 6, 2012

MASKULIN Isu Disember di Pasaran!

MASKULIN kembali lagi dengan isu Disember 2012. Penghias muka hadapannya, Dazrin Kamarudin dari drama bersiri, Adam dan Hawa. Jangan lupa dapatkan segera di pasaran. Banyak topik hot untuk lelaki dan juga contest yang menawarkan hadiah menarik! :)


Video promo isu Disember 2012.


LIKE Facebook MASKULIN di SINI
Follow Twitter MASKULIN di SINI

Wednesday, June 6, 2012

Sinar Eurock Soccer With Canon

Demam Euro bakal menggegarkan kita semua!! Pastikan anda hadir bagi memeriahkan majlis Sinar Eurock Soccer bersama Canon. Ajaklah seramai mungkin rakan-rakan terdekat untuk menyaksikan majlis gilang gemilang ini dengan penganugerahan Canon Hero Bola bagi 12 percalonan pemain bolasepak terbaik negara. Mereka bakal hadir pada acara kemuncak ini kelak!

Saturday, April 28, 2012

MASKULIN Isu Mei 2012

Untuk isu Mei 2012 MASKULIN kembali lagi dengan penghias muka hadapan, Stephen Rahman Hughes.. Kini berada di pasaran dan anda boleh dapatkan segera..

Friday, March 9, 2012

Aiskepal Dalam Majalah REMAJA

Hahaha.. Ni kelakar.. Kalau rajin, selak2 la majalah REMAJA isu terbaru..


Bukak dalam dan....

TADAAAA! Kbye.. :D


Monday, March 5, 2012

Huru Hara Sekejap Tanpa Che Amah + Nestle Datang Bawak Sarapan

Over kan tajuk.. Bukan huru hara apa.. Bila difikirin.. Bila difikirkan, susah gak semenjak Kafe Che Amah dah tutup ni.. Nak beli makanan kena menapak setahun ke kafe tepi jalan bangunan lama yang sedih.. Lauk pun, sehauk2 lauk Che Amah, lauk kafe tepi jalan tu lagi hauk.. Hais.. Tapi nak buat camne.. Hadap sahaja la..

Haa, sebab kafe tak bukak, Nestle bawak 2 buah lori, bawak sarapan untuk kami! Yeay! Hehehe..
So, semua dapat minum Milo and Nescafe, and bijirin sarapan sorang secawan.. Mengenyangkan tau.. Sebab benda2 sihat la katanya.. Hehehe.. Tapi not bad la.. Kan best kalau hari2 Nestle datang bawak sarapan macam ni.. Kita pun boleh minum dan makan sambil tersengih.. Sebab seronok kenyang, satu hal.. Lagi satu sebab free.. Hahaha.. Bawah ni ada gambar sikit.. Layan.. :)

Ramai menyerbu lori Nestle.. Jue dengan Kak Sal muka kenyang
Ayien, writer NONA yang sentiasa cantik
Abang Nestle gigih siapkan bijirin sarapan
Sempat lagi tu bergambar pintu kafe Che Amah yang dah ditutup
Hasilnya! Yeay! :)
Hamper CNY! Yeay! Walaupun lambat.. Hahah.. Thanks to Alfred.. :)


Thursday, February 16, 2012

MASKULIN Isu Mac 2012 Kini Di Pasaran!


MASKULIN isu Mac 2012 kini di pasaran... Dapatkan segera untuk pelbagai info dan maklumat menarik.. Antara yang terhangat minggu ini:

  • 30 Bentuk Tubuh Muscular
  • Benarkah Wanita Berusia Lebih Memuaskan?
  • Bangkitkan Ghairah Seks Dengan Senaman
  • Bahaya Batuk Berkahak
  • Dan pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti hamper daripada VASELINE, barangan filem BUNOHAN, dan banyak lagi!


Saturday, January 21, 2012

MASKULIN Isu Februari Kini di Pasaran!

Hola!



MASKULIN isu Februari 2012 kini di pasaran..
Dengan konsep baru lebih ceria, MASKULIN berikan lebih info menarik buat pembaca..
Tema isu kali ni ialah CINTA bersesuaian dengan bulan Februari sebagai bulan CINTA..
Abg Aaron pun berkongsi cerita cinta beliau dan isteri..
Dapatkan segera sebelum kehabisan!
:)

Tuesday, January 17, 2012

Karnival Karangkraf 2012 Kembali!



Mungkin ramai yang tak perasan..
Karnival Karangkraf 2012 kembali!
Woah!!
Hahahaha..
Before this nama karnival ni is Karnival Buku Karangkraf tapi tahun ni, ditukar kepada Karnival Karangkraf 2012..
Untuk tarik lebih ramai pengunjung la..
Macam2 aktiviti akan diadakan sepanjang acara yang bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut tu..
Karnival ini akan diadakan pada:

Tarikh: 27, 28, dan 29 Januari 2012 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad)
Masa: 9 pagi - 9 malam
Tempat: Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Booth2 dari setiap majalah pun akan ada aktiviti menarik untuk pengunjung dan pembaca..
Hadiah2 jangan tanya lah, memang banyak..
Hari Sabtu akan ada konsert Media Hiburan yang akan menampilkan artis-artis hebat tanahair.
Paling best, mestilah booth MASKULIN kan..
Hahaha..
Aku dah gigih ye jemput skyrunner dan muaythai untuk buat demo..
Skyrunner pada hari Jumaat petang, and muaythai pada Ahad petang..
So jangan tak datang je rakan-rakan..
Datanglah memeriahkan suasana..

:)

Monday, November 21, 2011

Akhirnya Dah Confirm!

Akhirnya!
Kini pasti ku merasai cinta nan suci..
Hahaha..
Tetiba nyanyi lagu lagu Anita Sarawak pulak kan..
Hahaha..
Alhamdulillah tadi editor aku panggil pegi kat tempat dia..
Ingatkan ada apa..
Tetiba dia kasi surat..
Aku ingat surat amaran ke, ape ke..
Rupanya..
Jeng jeng jeng!



Surat confirm...
Yeay!
Tak sampai 5 bulan dah confirm..
Alhamdulillah..
Syukur..
Gaji pun naik lah sikit..
Hehehe..

Monday, October 31, 2011

Lif Baru!

Hahahaha!
Agak jakun ye..
Tapi bukan apa..
Lama tak naik lif..
So bila lif dah ok, aku, Kak Aya, Shamil dengan Wan rasmi dulu!



k bye! :)

Monday, September 12, 2011

MASKULIN Dah Ada Twitter!

Kengka!
Just nak inform..
Majalah berbahasa Melayu khusus untuk lelaki, dah ada laman Twitter rasmi!



Now, sempena ulangtahun ke-10 dan untuk mendekatkan lagi MASKULIN dengan pembaca, laman Twitter ni telah diwujudkan dan korang boleh interaksi dengan MASKULIN secara live!
So, apa lagi..
Jom follow MASKULIN ramai2 di Twitter..
klik sini or www.twitter.com/maskulinmag and anda akan dapat pelbagai update menarik mengenai MASKULIN!
:)