Showing posts with label bapa. Show all posts
Showing posts with label bapa. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Guardian "Ayahku Hebat!" 2012

Hari ni Guardian telah menganjurkan acara "Ayahku Hebat!" 2012 bertempat di North Entrance Alamanda Putrajaya. Ramai ayah-ayah yang datang dan sambutan nampaknya amat menggalakkan sebab seawal jam 8.00 pagi lagi orang ramai dah mula berada di sini. Pelancaran pula baru berlangsung dalam 10 minit yang lalu.

Acara ini diadakan tentunya bagi menyempurnakan sambutan Hari Bapa dan sekaligus memberi penghargaan kepada pelanggan Guardian yang bergelar bapa. Banyak aktiviti dan permainan diadakan bukan sahaja untuk bapa tetapi juga untuk kanak-kanak.

So kepada yang berada di Putrajaya atau kawasan berhampiran, luangkan masa hari Sabtu anda hari ni dengan membuat lawatan ke Alamanda sebab mana tahu banyak hadiah akan jadi milik anda. Goodies bag aku pun dah penuh dan sarat.

Kat bawah ni aku share sikit gambar sepanjang acara raikan ayah ni. :)







Sent from my iPad

Friday, October 21, 2011

MASKULIN Isu November

Hola!
Posting kali ni berkisar tentang MASKULIN, majalah lelaki berbahasa Melayu no 1 di Malaysia yang kembali untuk isu November..
Start next week insyaallah, anda dah boleh dapatkan di pasaran..
Isu kali ni berkaitan lelaki dan perkahwinan..
Cover adalah Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia..



Tapi beliau tak berkeseorangan tau sebab beliau ditemani oleh puteri sulungnya, Sofea Isabella..
Comel!
Hehehe..
So, berbagai tips berkaitan perkahwinan dan sebagainya boleh didapatkan..
Tak lupa juga tips2 lain seperti fitness dan auto turut disediakan macam biasa la..
So, dapatkan di pasaran segera....!

Kbye!

:)