Showing posts with label auto. Show all posts
Showing posts with label auto. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Chevrolet Captiva Terima Anugerah Di Autoworld Car Of The Year 2012

Nama Chevrolet Captiva bukan lagi satu nama model asing di bibir rakyat Malaysia dan kini model Captiva VCDI (varian turbo-diesel) dengan bangganya telah dianugerahkan anugerah Best Value-For-Money SUV/Crossover do Autoworld Car of the Year Awards 2012.

Model Captiva turbo-diesel itu dianugerahkan anugerah tersebut kerana beberapa faktor seperti ruang dalaman, enjin, spesifikasi pemanduan, ciri keselamatan, harga dan segalanya yang membuatkan jentera ini berbaloi dimiliki oleh para pelanggan.

Sebelum ini, Captiva pernah dianugerahkan sebagai model SUV/Crossover terbaik di Shell C-Power Autoworld Car of the Year Awards 2011 menerusi penggayaan rekaan yang diinspirasikan dengan gata Eropah serta pemanduan dinamik yang mengagumkan.

Model SUV itu pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2007 dan terus melonjak naik berada di kedudukan teratas dalam carta jualan SUV utama. Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama NAZA Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, selepas beberapa tahun dan melalui beberapa revolusi, Captiva yang menampilkan rekaan sofistikated, digabungkan dengan versatiliti, keselesaan, ciri keselamatan, dan kemampuan pemanduan hebat, model ini terus menerus menarik perhatian rakyat Malaysia dan menjadi kenderaan pilihan buat seisi keluarga.

 

Sunday, October 23, 2011

Volkswagen Media Trip to Penang



Memang seperti dijangka, trip ke Penang bersama Volkswagen hari tu adalah sangat best! Kami para peserta yang terdiri daripada wakil media berpeluang merasai nikmat pemanduan ketiga-tiga model terbaru dari Volkswagen - Passat, Jetta, dan Cross Tauran.. Dengan penginapan yang ditaja khas oleh Hard Rock Hotel Penang, aku takkan lupa trip ni.. :) Nak tengok lebih banyak gambar, klik sini or klik pada gambar dibawah! :)