Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Gangguan Bekalan Air di Selangor, KL

KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad). 

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

 

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. 

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: 

WILAYAH KUALA LUMPUR: 

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime 

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing,Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris. 

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki. 

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan. 

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.


9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra. 

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; 
Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir. 

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. 

WILAYAH GOMBAK: 
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3. 

WILAYAH PETALING: 
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: 
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

 

Sumber dari Berita Harian & SYABAS

Saturday, October 15, 2011

New Baby!

Hola!
Aku sangat happy sebab semalam aku dapat 'baby' baru..
Bukan bayi tau..
Tapi lappy baru yang gantikan lappy lama aku yang cedera parah patah tengkuk..
Korang pernah tgk kan Acer lama aku..
So now, aku ada lappy baru..
Nama dia Acer Aspire S3 Ultrabook..!



Hahahaha..
Senipis MacBook Air!


Kalau korang nak tgk review untuk Acer ini, klik sini
Memang la tak sepower MacBook Air tapi aku peduli apa..
HAHAHA..

Kbye..



Saturday, April 9, 2011

Money Money Money Moneyyyy!


Hello korang!
Ok posting kali ni pasal DUIT..
Yeap, D.U.I.T. Duit!

Kertas + kapas yang bernilai..
Aku tak nafikan, aku memang mata duitan sikit..
And kadang2 materialistik..
Tapi normal la kan, orang zaman sekarang pulak..
Kata akhir zaman..

Hurm..
Aku teringin nak kerja kuat2, kumpul duit banyak2..
Selalu aku mimpi dapat duit banyak2, and beli semua benda yang aku teringin, and dah lama teringin nak ada..

Ok kalau ada duit, first sekali nak support family so that parents aku tak payah susah2 kerja keras lagi..
Family aku bukan orang kaya..
Meniaga pasar malam je.
So, aku nak kumpul duit banyak2, and tolong mak dengan abah..
Kalau kumpul2 duit yang mak dengan abah keluar untuk seluruh hidup aku, aku rasa lebih dari RM1 juta dah kot..
Bayangkan untuk adik beradik aku yang lain lagi..
Phewww..
Memang terer ar abah..
Selidik punya selidik, baru dpt tau income abah sebulan berapa..
Hahaha..
Tergelak aku..
Tak la banyak, tapi tak jugak sikit la..
Setakat kalau aku nak cakap, "Abah, abang nak study kat Lim Kok Wing boleh?" dan dia akan cakap boleh..
Tapi takde la sama macam gaji menteri..

ok next kalau ada duit, first sekali aku nak beli something untuk baby aku..
Sia teringin sangat benda ni..
TADAAAAAA!




Baby aku sangat nak benda ni ok..
Hehehe..
So baby, don't worry..
I akan kumpul duit, dan one day i akan hadiahkan u benda ni sebijik..
Boleh kita naik moto macam dulu..

Then kalau ada duit jugak, aku nak semua barangan Apple.. 
 
Aku nak MacBook Air.. or at least, Pro..
Then aku nak iPhone4 or maybe 5..
Aku nak iPod Touch and paling penting, iPad 2!
Dah lama aku nak benda2 ni..
So, at least, sebelum tutup mata aku nak benda2 ni ada dalam tangan aku..
Aku tau, memang la benda2 ni tak boleh bawak masuk kubur and Dia yang kat atas sana tak pandang pun benda2 ni..
Tapi sebagai manusia yang tak pernah sempurna, dan tak pernah rasa puas, aku pun macam orang lain, nak ada and dapat semua benda2 ni..

Bila ada duit, aku nak enjoy puas2..
Aku nak puaskan DIRI AKU SENDIRI..
Maknanya, untuk diri aku je la.. and orang2 tersayang yang sayang aku jugak..
Bukan berkira cuma kalau kau dah cari duit bagai nak rak, takkan senang2 nak kasi orang kan?


Bagi aku, maybe aku akan kawin, tapi lambat lagi kot..
Aku takkan habiskan usaha aku, masa aku untuk diri aku semata2 untuk KAHWIN dan kau perlu keluar duit untuk dijadikan isteri and perlu tanggung hidup seorang lagi manusia..
And aku pun bukan jenis SETIA-SAMPAI-MATI punya orang..
And aku taknak jadi ORANG JAHAT yang mana akan sakitkan hati isteri aku masa akan datang..
Hurm..
Ntahla..


Kalau ada duit, aku nak beli/sewa rumah sendiri..
Tak payah besar2..
Kondominium pun dah ok..
Sebab aku suka ruang sempit dan senang nak manage..


Then aku nak kereta sendiri..
Kalau ada duit, aku nak X6!
Dulu maybe Swift tapi lepas macam2 bunyi, so aku nak X6!
hahahha!


Ok la.. Nantikan posting seterusnya.. :)
Bye!