Friday, November 25, 2011

Thanksgiving Day With Vegetable Garden


Hola!
Korang pernah dengar tak tentang Hari Thanksgiving yang disambut oleh teman2 kita yang bukan beragama Islam?



Aku selalu tertanya2 Thanksgiving Day ni apa sebenarnya?
Lepas baca2 sikit so aku dapat la sikit info pasal Thanksgiving Day ni..
Thanksgiving Day ialah hari cuti umu yang disambut kat US dan Kanada..
Perayaan ni disambut pada setiap tahun, tapi berbeza hari sambutannya di Kanada dan US..
Kalau di Kanada, Thanksgiving Day disambut pada setiap hari Isnin kedua dalam bulan Oktober..
Di US pulak, ia disambut pada setiap hari Khamis keempat dalam bulan November iaitu hari yang sama orang2 kat US sambut Columbus Day..

Sejarah Thanksgiving Day pulak, sebenarnya berasal dari Amerika Utara gabungan tradisi orang2 Eropah and puak Native..
Secara tradisinya kat Eropah, perayaan ni diadakan sebelum dan selepas pusingan menuai..
So dengan perayaan ni macam diorang bersyukur cara diorang la dan memohon supaya hasil tuaian bertambah dan komuniti diorang bertambah erat..
Macam Hari Kaamatan yang disambut kat Malaysia la atau Pesta Menuai kan?

Selalunya kalau ada Thanksgiving Day, mesti aku akan terfikir mengenai ayam turki panggang!
Yummy!
Tak tahu la sedap ke tak..
Sebab tak berpeluang nak rasa lagi..
Kalau boleh rasa pun, tak tentu lagi aku nak makan ke tak sebab ragu2 dengan status halal dia..

Tu untuk yang makan ayam turki..



Tapi kalau yang sambut Thanksgiving adalah mereka yang vegetarian, camne ek?
Ok posting kali ni aku nak share makanan Thanksgiving Day untuk golongan mayur ni..
Hehehe..

Miniature wonderland ni adalah hasil daripada gabungan sayur-sayuran dan soya!
Hebat kan...?
Layan gambar2..


















No comments: