Ok untuk movie review kali ni, AISKEPAL nak review pasal filem lakonan Rowan Atkinson, Johnny English Reborn!
New one! |
Wah! Dah macam menulis dalam MASKULIN..
Hahaha..
Ok, filem ini merupakan sambungan selepas Johnny English sebelum ini..
Old one! |
Masih bertemakan komedi aksi..
Tetapi, standard la, diselitkan dengan tema cinta..
Mengisahkan seorang spy, Johnny English yang telah dipecat selama lima tahun dan dipanggil semula oleh company penyiasatan tempat dia kerja dulu untuk selesaikan kes berkaitan Vortex yang mana merancang untuk membunuh Perdana Menteri China.
Korek telinga sikit! Hahaha! |
Pelbagai rintangan dilalui dan akhirnya Johnny berjaya menumpaskan kuasa jahat tersebut walaupun pada akhir cerita, Johnny menghempuk kepala Queen Elizabeth dengan tray!
Hahaha..
Carut I kan! |
Ada part yang agak slow tetapi kebanyakan scene akan buat penonton ketawa..
Scene favorite aku ialah time meeting dengan Perdana Menteri Britain and Johnny tak kenal siapa Perdana Menteri sedangkan dia time tu duduk sebelah PM..!
Hahaha!!
Dari kiri: Mr Ntah, Johnny English, PM.. |
And paling tak tahan sekali adalah time dia patahkan handle untuk naik dan turunkan kedudukan kerusi tu..
Memang kelakar!
HAHAHA..
Tapi stail la..
Dengar cerita ini merupakan filem terakhir Atkinson sebelum bersara..
Tapi aku tak sure betul ke tak..
Anyway, to those yang minat dan merupakan penonton setia Mr Bean dari kecik, anda patut menonton filem ini..
Mr Bean! |
Untuk filem ni, aku kasi 4 bintang!
Enjoy!
"o"
No comments:
Post a Comment