Monday, September 6, 2010

Semalam = Sejarah Hari Ini

Beberapa hari lepas, Malaysia baru saja menyambut kemerdekaan yang ke-53 tahun..
memang kita semua patut bersyukur sebab dilahirkan dalam sebuah negara aman, harmoni, damai, dan maju macam ni..
takde perang, takde percanggahan antara penduduk..
walaupun dua tiga minggu ni ada bau2 kurang menyenangkan dengan negara jiran, pasal isu baling taik, dan ala2 nak m"menyapu" semua rakyat Malaysia dari negara diorang..
and tak lupe juga isu kaum yang tercetus..
tapi, rasa2 kita semua patut merujuk kembali kepada sejarah..
mungkin bagi sesetengah orang, sejarah = bosan..
tidak dinafikan..
aku pun kadang2 boring dengan subjek tu..
hahaha...

posting ni bukan nak cakap pasal sejarah negara sangat sebenarnya..
tapi lebih kepada benda2 yang berlaku dalam masa terdekat..
seminggu dua ni, memang aku happy sangat2..
thanks to kawan2 yang menghappykan aku..
faham2 la, lepas macam2 benda jadi kat aku sebelum ni..
aku ingat dah tak boleh hidup lagi dah..
stress.. tertekan..
tapi, kawan2 ni yang banyak tolong aku kuatkan diri..

pasal sejarah..
bila fikir2 balik, banyak benda berkaitan sejarah yang secara tidak sedar, berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai manusia..
hurm..
benda yang jadi setahun dua lepas contohnya..
tak sangka benda tu akan jadi sejarah..
time tu maybe tak terfikir, benda2 yang kita buat sepatutnya dihargai..
faham tak maksud dihargai?
maknanya difikirkan semasak-masaknya..
taktau camne nak terangkan..
benda yang berlaku harini pun patut sentiasa diingatkan dalam kepala otak masing..
ini akan jadi sejarah...
masa yang berjalan semasa aku tengah taip posting ni pun akan jadi sebuah sejarah...
one day, aku akan teringat balik time aku tengah taip..
so, setiap benda yang kita buat akan jadi sejarah yang akan dikenang..
aku ada masalah kesihatan = short term memory lost..
tapi aku boleh ingat benda2 lama dengan agak kuat..
susah jugakla kalau ada penyakit ni..
sebab tiap kali parking kereta, kena ambik gambar...
kalau tak, memang tak ingat aku parking kat mana..
haish..
menyusahkan, tapi nak buat camne lagi kan..
tapi benda yang lama jadi, insyaallah aku mudah nak ingat balik..
so now, setiap kali aku buat sesuatu, aku akan fikir, benda ni akan jadi sejarah...
aku patut hargai setiap benda yang aku buat...
sebab benda yang sama takkan berulang dua kali..
maybe boleh diulang kalau nak..
tapi tetap tak sama..
benda yang positif akan jadi memori yang manis..
manakala memori yang pahit akan jadi pengajaran, dah benda yang akan cuba dielak..
supaya aku tak sakit lagi pada masa akan datang..
so korang..
kalau nak buat sesuatu, fikir2kan dahulu dan hargai setiap benda yang anda miliki dan lakukan..

:)

2 comments:

Adam Roslan said...

kelmarin ialah sejarah. hari ini kita jangan ulang lagi sejarah. haha.

Ais Kepal said...

ya.. benar2..