Wednesday, February 8, 2012

Beza Blogger dengan Journalist

Macam lebih kurang kan, tapi banyak bezanya tau.. Tadi siang, ni jadi salah satu tajuk perbualan aku dengan beberapa rakan.. Rakan2 journalist.. Kami bincangkan pasal blogger and journalist.. Aku mewakili dua2 kalau nak diikutkan sebab aku journalist and pada masa yang sama, blogger gak.. So, aku punya opinion petang tadi kenalah fair.. Tak bias.. Antara statement tadi yang aku tertarik adalah:

"Kadang2 annoying jugak bila blogger ramai sangat kat event pastu menyibuk kelam kabut macam dorang pulak press.." - ada kebenaran jugak benda ni.

"Kita belajar bagai nak rak, study camne nak jadi journalist, tetiba muncul blogger2 yang macam lalat ni terbang2 kat event.. Pastu bila organizer marah, journalist dgn wartawan gak kena hentam" - ni pun ada kebenarannya..

Senang cerita, kita kena faham tugas masing2.. Blogger mungkin nak cari bahan untuk blog masing2 tapi kena ingat, journalist pun kena cari bahan untuk dijadikan story..

Meh aku senaraikan serba sedikit pebezaan antara blogger (B) dengan journalist (J):

B: Nak cari bahan untuk masukkan dalam blog.
J: Cari bahan untuk newspaper/magazine/tv/radio..

B: Lebih kepada mencari publisiti..
J: Buat kerja..

B: Nak join event official untuk media secara percuma..
J: Taknak pun still kena pergi event..

And banyak lagi perbezaan sebenarnya tapi taknak tulis sebab nanti orang tuduh aku cari pasal.. Aku tulis ni berdasarkan apa yang aku dan rakan2 nampak la.. Jangan mudah melenting dengan statement2 ini ok.. Pesanan kepada bloggers, janganlah korang pegi event ke, ape ke sampai ganggu tugas wartawan.. Kalau nak sangat jadi wartawan, or journalist, pegi masuk universiti ambik course Journalism.. Kepada wartawan dan journalist, jangan mudah melenting jugak.. Kalau taknak di-overshadow oleh blogger, pandai2 la cari port baik and angle...

So, lepas ni taknak lagi la ada perselisihan faham antara blogger dan journalist kat event ok.. :)
 

Tuesday, February 7, 2012

Pekerja KFC Gangster?

Ganas abg ni! Hahahaha.. Menurut apa yang aku baca, laki Cina ni beratur sejam then bila sampai turn dia ayam habis.. Pastu dia suruh management KFC mintak maaf dgn dia.. Pastu staff keluar hempuk muka Cina tu.. So nak salahkan Cina tu, or staff? Fikir sendiri.. :)

Silap Mata = Benar-Benar Wujud Atau Mainan Syaitan?

Hola! Kecik2 dulu aku selalu teringin nak ada power boleh buat magic.. Time kat Melaka dulu, aku selalu ke Jonker beli barang2 untuk buat silap mata.. Tak mahal sangat.. Selalu tak sampai RM10.. Untuk barang magic yang hebat sikit, dalam RM20 camtu je so kira tak mahal la.. Then bila dah beli, excited ni.. Pastu bila dah tahu camne nak buat, rasa excited tu dah mula hilang.. Rasa bodoh..



Korang faham tak rasa bodoh sebab apa? Sebab kita macam kena tipu bulat2 dengan uncle tu.. Uncle yang jual tu buat trick dgn sangat pantas sampai tak sempat mata nak tengok apa kesalahan dia.. So memang uncle tu boleh dikatakan terror la.. Cuma dia tak ke tahap international mcm David Copperwhatever.. 



So memang untuk magic simple macam ni, takde kena mengena dengan penggunaan jin atau syaitan.. Cuma yang menampakkan benda tu pelik dan sangat hebat is just pergerakan tangan yang pantas dan taktik yang perlu diketahui sebelum nak buat magic.. Macam kita yang beginner ni, the keyword is practice.. Aku try buat banyak kali and boleh jadi.. Hehe.. 

Ni ada satu buku yang aku dapat daripada seseorang.. Amar namanya.. Amar ni memang seorang pemuda yang talented.. PA dia datang ke office and bertukar2 kad nama and then dia kasi buku ni kat aku.. 


Macam2 trick dan teknik dia ajar dalam buku ni.. Kalau kat luar harga senaskhah buku ni is RM238 tapi alhamdulillah la aku dapat free.. Macam2 magic ada dia ajar.. Dari yang best sampai yang merepek.. Apa yang merepek, korang kena baca sendiri la.. Hahaha..

Tu magic Melayu.. Malaysian style.. Takde guna hantu syaitan iblis.. Macamana pulak dengan magic dari luar negara yang international? Dengan David Copperwhatever tu punya show siap berjalan atas air la, terbang terapung la, apa lah.. Tak mungkin manusia boleh gunakan kuasa sendiri nak apungkan diri.. Mesti ada guna kuasa luar.. 



Agak2 apa kuasa luar yang diorang gunakan untuk buat magic? Hmmmm..

5 Perkara Penting Patut Ada Untuk Nampak Konfiden

Tak banyak pun sebenarnya lima benda tu.. Cuma ia depends on orang punya persepsi jugak sama ada nak terima benda ni sebagai salah satu tip atau jadikan bahan bacaan (sekadar bacaan!). Tapi ni aku tulis berdasarkan apa yang aku nampak selama 24 tahun hidup di dunia ni.. Antara perkara yang akan menyebabkan ramai antara kita berasa lebih konfiden dengan diri sendiri is:



  1. Keyakinan dalaman - Kalau luar je yakin dalam lemah tak guna gak.. So untuk permulaan jadikan dalaman anda kuat dan kukuh dengan segala perkara yang akan menimpa..
  2. Penampilan kemas - Penampilan mestilah sentiasa kemas.. Ini bukan sahaja untuk berikan kita rasa yakin tapi orang lain pun akan rasa yakin dengan kita.. 
  3. Berjalan tegak dan tegap - Faham kan maksud tegak dan tegap? Dua2 tu bawa maksud berbeza tapi dua2 tu penting untuk nampakkan kita seorang yang konfiden..
  4. Hormat orang - Ni perkara penting.. Nak nampak konfiden kena tau hormat orang then orang akan yakin dengan kita.. Kalau orang dah yakin dengan kita, kita pun akan yakin dengan diri sendiri.. 



Majalah Paling Kecil di Dunia?!

Ni adalah majalah paling kecil di dunia dalam sejarah permajalahan.. Pengsan! Haha.. Wujud ke perkataan permajalahan tu.. Hahahaha.. Tak kisah la.. Tapi korang faham la kan bila sebut majalah paling kecik di dunia that means it is the smallest magazine la.. Apa lagi kan.. Story dia kalau aku nak taip balik macam bodoh sebab story dah ada.. So aku dengan cerdiknya menangkap gambar dari newspaper siang tadi and letak kat sini.. At least kita semua takde lah kelihatan bodoh sangat.. Hahahaha.. Ce korang tengok ni.. :)


Apa Tujuan Blog?

Hola! Kalai ni (hahaha.. Kalai! Saje je.. Kali sebenarnya..) Ok kali ni jom berborak pasal tujuan asal wujudkan blog. Aku start blogging dah lama tau.. Dari form 5 kalau nak diikutkan.. Time tu belum ramai orang tahu apa itu blog.. Hahaha.. Then tak berapa aktif.. Pastu masa time diploma pun aku ada blog.. Satu is Senyum Itu Sedekah yang aku dah delete and lagi satu, tak boleh bagitau nama blog sebab blog tu sensitif sikit.. Ni aku baru lepas belek2 balik.. Kelakar la sial ayat2 aku.. Bodoh! Hahahahaha!



Ok, back to the topic yang kita tengah bicarakan.. Kenapa kita buat blog? Macam2 alasan diberikan bila kita diajukan dengan soalan ini.. Kalau aku, aku buat blog dan blogging sebab aku suka bercerita.. Aku suka berkongsi cerita yang aku ada.. Tak kiralah cerita pasal hidup ke, pasal orang ke.. Janji aku nak bercerita dan kongsikan dengan orang lain..



Sebab kedua yang famous yang selalu dijadikan alasan buat blog is untuk earn money.. Ni untuk blogger yang benar2 aktif la.. Setakat yang macam aku takde visitor ni, memang takde niat nak earn duit la.. Sebab aku buat blog mcm aku cakap tadi sekadar nak berkongsi dan suka2..



Tapi buat jugak akaun kat advertising tu sebab at least sambil2 tu dapat la jugak rezeki atas angin.. Ada juga sesetengah orang siap jadikan blog sebagai tempat cari rezeki.. Bahaya tu.. Sebab bagi aku benda atas talian macam ni tak kekal.. Bukan tak kekal maksud aku akan hilang, tapi orang boleh hack anytime and buat benda bukan2 dengan gunakan blog kita..



Macam hari tu time blog favourite aku kena hack dengan hacker.. Kesian kot dekat owner dia.. Dah la visitors mencecah puluhan juta.. So bila sekali hacker buat tahi habis semua benda.. Tapi alhamdulillah blog dia dah ok and dah kembali pulih..

Kalau korang pula blogging untuk apa ek?

Sunday, February 5, 2012

Pinoy Sings Sedetik Lebih

This Pinoy (Neil Joy namanya) sings Sedetik Lebih.. So cute la u.. Hehehe.. Tak faham pun sebenarnya lirik dia.. Tapi still boleh eja, sebut, nyanyi dengan bagus.. :) Layan video ni.. :)