Thursday, December 19, 2013

47 Ronin: Kisah Samurai Tak Bertuan


Kepada peminat filem-filem aksi yang berdasarkan kisah benar dan berkaitan dengan lagenda, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem aksi yang berjudul 47 Ronin. Filem yang berlatarbelakangkan zaman Samurai pada abad ke-18 ini tentunya menjadi filem wajib tonton buat anda.

Semalam, telah berlangsungnya tayangan perdana filem 47 Ronin ini bertempat di GSC Signature, Gardens, Mid Valley City. Sangat meriah dengan makanan Jepun. Okay, back to the movie.

Filem ini mengisahkan mengenai Kai lakonan Keanu Reeves, yang dikatakan manusia berdarah campuran dengan jembalang hutan. Dia yang dikatakan membawa malapetaka kepada negeri Ako dipinggirkan masyarakat setempat dan dipandang hina.

Walaupun dipandang rendah oleh masyarakat, dia mempunyai skil dalam pertarungan. Semangat Kai juga sangat kental. Semuanya bermula selepas kematian Asano, ketua Ronin.

Seramai 46 Ronin telah bertindak membalas dendam di atas kematian Asano dan  kumpulan ini diketuai oleh Kuranosuke Oishi. Kai turut diundang oleh Kuranosuke Oishi bagi membantu kumpulan Ronin untuk membalas dendam dan membunuh Lord Kira dan menjadi Ronin ke-47.

Pelbagai cabaran perlu ditempuh oleh mereka terutamanya apabila Lord Kira dibantu oleh perempuan sihir, Mizuki yang boleh merubah diri menjadi musang putih dan juga naga.

Sinematografi filem ini sangat hebat. Berlatarkan Jepun pada era itu dapat dirasakan. Babak pertarungan juga kelihatan sangat menarik tanpa sebarang cela. Jadi kepada kaki wayang, jangan lupa untuk menonton filem ini ya. Berikut merupakan beberapa foto daripada babak-babak menarik di dalam filem 47 Ronin dan trailernya.

Bintang: *****







No comments: